Friday, June 15, 2012

PSIKOLOGI PENDIDIKAN




FALKUTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

JANUARI 2012
HBEF2103

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

  NO. MATRIKULASI    :   **************
  NO. KAD PENGENALAN    :**********
 NO. TELEFON         :**********
                         E-MEL :  ****************
                         PUSAT PEMBELAJARAN : OPEN UNIVERSITY MALAYSIA SIBU





ISI KANDUNGAN                                                                                       MUKA SURAT
1.       Pengenalan                                                                                               1-2
2.      Tujuan kajian                                                                                             3
3.       Kaedah kajian yang digunakan                                                                4-5
3.1  Pemerhatian
3.2  Soal selidik
3.3  Temubual
3.4  Rujukan
4.      Faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik lemah dan baik          6-11
4.1  Faktor baka
4.2  Faktor persekitaran
4.3  Faktor kesediaan belajar
4.4  Faktor personaliti
5.      Langkah-langkah digunakan oleh seorang guru dalam P&P yang           12-14
melibatkan murid lemah dan baik
5.1  Memahami perbezaan murid
5.2  Memahami tingkahlaku murid
5.3  Meramal tingkahlaku murid
5.4  Perbezaan gaya kognitif dan gaya belajar
6.       Rumusan                                                                                                  15
7.      Rujukan                                                                                                     16

1.       PENGENALAN:
Kajian mengenai pencapaian akademik baik dan pencapaian akademik lemah ini telah saya jalankan di Sk Sg Sepiring ,Selangau dimana ia adalah tempat saya mengajar selama 7 tahun sudah termasuk tahun ini.  Kedua orang kanak-kanak yang menjadi bahan kajian saya adalah merupakan kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun.  Mereka berdua adalah merupakan murid Prasekolah Gemilang di sekolah Sk Sg Sepiring ,Selangau.
Kanak-kanak pertama yang saya terlibat dalam kajian saya ini ialah Jennifer Agnes Clara ak Maria.  Dia lebih suka sekiranya saya memanggil namanya Clara.  Clara mempunyai 5 orang adik beradik dan dia berumur 6 tahun. Kanak-kanak ini merupakan seorang anak yang lahir tanpa bapa.  Perkara ini dapat saya lihat dari kad kliniknya.  Jadi dapat saya simpulkan bahawa Clara ini tidak mengenali bapa kandungnya sendiri dan dia merupakan anak luar nikah. Dari yang saya lihat dan temubual bersama Tuai Rumah, keluarga Clara ini adalah golongan keluarga yang sangat miskin.  Ini kerana hanya ibunya sahaja yang mencari pendapatan untuk mereka 5 orang adik beradik yang masing-masing berumur 4-12 tahun.
Di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Clara adalah merupakan seorang kanak-kanak yang sangat pendiam dan sensitif.  Clara suka menangis dan masih belum dapat mengawal emosinya sendiri.  Dia suka menyendiri dan tidak mempunyai rakan yang rapat.  Clara juga selalu tidak mengendahkan segala lembaran kerja yang saya berikan.
Melalui temubual bersama emaknya iaitu Maria ak Ginggau, dia menyatakan bahawa dia adalah seorang yang buta huruf. Ini kerana dia tidak pernah bersekolah. Jadi dia mengaku bahawa agak susah untuk membimbing anak-anaknya dalam pelajaran kerana dia sendiri pun buta huruf dan tidak pernah bersekolah. Ini bermakna Clara hanya berpeluang mendapat pendidikan di sekolah sahaja.
Kanak-kanak kedua yang saya libatkan dalam kajian kes saya ini ialah Elvelinsia Via Ak Semawi. Dia berumur 5 tahun.  Elvelinsia merupakan seorang anak tunggal dalam keluarganya. Emaknya seoarang yang berpendidikan dan bersekolah setakat tingkatan 6.  Manakala bapanya pula adalah tukang masak di sekolah Sk Sg Sepiring.

Di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran,Elvelinsia Via adalah merupakan seoarang kanak-kanak yang aktif.  Walaupun umurnya baru 5 tahun tetapi ingatannya sangat baik.  Dia merupakan seoarang kanak-kanak yang cepat menerima pembelajaran. Lembaran kerja yang di berikan disiapkan dalam masa yang singkat. Dia mempunyai ramai kawan dan aktif. Maka dapat saya simpulkan bahawa kanak-kanak ini mempunyai pontensi untuk berjaya.
Melalui pentaksiran dan penilaian prasekolah yang telah saya buat, saya telah mendapati perbezaan yang sangat ketara di antara Jennifer (6 tahun) dan Elvelinsia Via(5 tahun).  Clara masih belum dapat menguasai 3M(Membaca,Mengira,Menulis).  Manakala Elvelinsia sudah menguasi 3M tersebut.  Tambahan pula saya mendapati bahwa Elvelinsia yang berusia 5 tahun lebih muda dari Jennifer lebih menonjol dalam setiap tunjang kurikulum di prasekolah.
Kedua-dua orang kanak-kanak ini mempunyai banyak perbezaan yang ketara.  Baik dari segi umur,jantina,kecerdasan,kebolehan dan sebagainya. Menurut Woolfolk (1997), teori kecerdasan awal adalah memfokus kepada 3 elemen , pertamanya tentang keupayaan untuk belajar ,  kedua , keseluruhan pengetahuan yang telah individu perolehi dan ketiga , kebolehsuaian seseorang kepada situasi atau persekitaran baru.  Ketiga-tiga elemen ini, boleh dilihat dari keadaan kedua-dua sasaran kajian saya.  Dimana saya telah mengenalpasti Elvelinsia  mempunyai keupayaan untuk belajar,dia dapat mengadaptasikan keseluruhan pengetahuan yang diperolehinya di dalam bilik darjah.  Elvelinsia seringkali berupaya memahami apa yang diajar dan menghantar latihan.  Bahkan setiap latihan yang dihantar selalu tepat dan menepati objektif pengajaran saya, berbanding dengan Clara, dia jarang menyiapkan latihan yang diberikan kepadanya. 
Dalam elemen yang ketiga pula, kedua-kedua kanak-kanak ini mempunyai kebolehan menyesuaikan diri dengan situasi dan persekitaran yang berbeza-beza.  Dalam teori kecerdasan awal ini, seseorang kanak-kanak biasanya mempunyai kecerdasan awal dimana mereka boleh berhadapan secara posiitif dalam persekitaran yang baru. Perkara ini saya dapat lihat dalam diri Elvelinsia.  Dalam tempoh 2 bulan sahaja memasuki prasekolah, kanak-kanak ini boleh menyesuaikan dirinya dengan mudah.

2.  TUJUAN KAJIAN
Kajian ini adalah bertujuan untuk :
2.1  Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik murid  yang baik dan pencapaian akademik murid yang lemah berpandukan teori-teori psikologi pendidikan.
2.2  Mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh seoarang guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kedua orang murid yang berbeza pencapaian akademik.

 3.  KAEDAH KAJIAN YANG TELAH DIGUNAKAN:
Dalam bahagian ini saya telah menggunakan beberapa kaedah bagi mengesan sasaran kajian dan seterusnya mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi mereka berpandukan teori-teori psikologi.  Antara kaedah-kaedah tersebut ialah:
3.1.  Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian didalam kelas iaitu melalui hasil kerja Clara dan Elvelinsia Via. Daripada pemerhatian yang telah saya buat semasa di dalam kelas , saya mendapati Clara adalah merupakan seorang murid yang lemah manakala Elvelinsia Via adalah merupakan seorang kanak-kanak yang pintar, aktif dan cemerlang dalam akademik.  Ini dapat dibuktikan dengan kemahiran 3M.  Saya telah membuat penilaian 3M kepada mereka berdua dan hasilnya adalah seperti berikut: 

 3.2   Soal selidik
Saya telah memberi borang soal selidik kepada ibubapa murid berkenaan untuk mengetahui serba sedikit latar belakang murid yang dikaji.

3.  Temubual
Saya telah melakukan temubual bersama Tuai Rumah (tempat kediaman murid) untuk mendapatkan sedikit maklumat latar belakang ibubapa murid.
3.4  Rujukan
Saya merujuk kepada buku teks dan buku rujukan di perpustakaan untuk mendapat maklumat tambahan. Di samping itu saya membuat rujukan di internet menggunakan komputer.

4.  FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI  PENCAPAIAN AKADEMIK LEMAH DAN BAIK
Hasil daripada kajian yang telah saya buat, saya dapat mengesan dan mengenalpasti faktor-faktor yang telah mempengaruhi perbezaan pencapaian akademik kedua-dua murid saya ini iaitu Jennifer Agnes Clara dan Elvelinsia Via ak Semawi  adalah seperti berikut:

4.1   Faktor baka
Faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik Jennifer Agnes Clara dan Elvelinsia Via ialah faktor baka.  Setiap orang akan mewarisi sifat yang ada pada ibu bapanya melalui pewarisan gen ataupun baka. Gen atau baka ini sebahagian besar nya terdiri daripada  paras rupa, tahap kecerdasan, temperamen, tahap aktiviti, tret personaliti, gaya bahasa, gaya hidup, sikap dan juga minat seseorang individu (Loehlin dan Plomin (1992) .
Kajian –kajian lepas yang telah dilakukan oleh ahli-ahli psikologi seperti Galton(1865), Goddard(1890), Newman(1937) dan Sheldon(1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan intelek yang berbeza-beza. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi, tingkahlaku dan penglibatan pelajar di dalam kelas. Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang bijak pandai akan melahirkan anak-anak yang juga bijak pandai.  Ini berkemungkinan kesan daripada perwarisan baka ibu bapa kepada anak yang dilahirkan. Emosi seseorang juga diwarisi daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang memiliki tahap emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik. Persamaan Tahap temperemen seperti ini telah dibuktikan melalui kajian-kajian ahli-ahli psikologi seperti di atas.
Menurut Arnold Lucius Gesell(1880-1961), merupakan seorang ahli psikologi yang  mengkaji faktor baka, beliau berpendapat bahawa baka mempunyai peranan utama  sebagai pengerak utama terhadap perkembangan seseorang individu.  Beliau percaya bahawa kematangan fizikal merupakan faktor utama di dalam menentukan proses pembelajaran malah kematangan fizikal yang baik akan mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.  Dalam kajian saya telah mendapati bahawa Elvelinsia telah mempunyai kematangan fizikal  dan seterusnya telah memberi impak kepada proses pembelajarannya.
Menurut  kajian lepas yang telah pun dilakukan oleh Loehlin dan Plomin (1992) mendapati sebahagian besar dimensi atau perbezaan personaliti adalah disebabkan oleh perwarisan baka, misalnya personaliti ekstrovert dan personaliti introvert. Personaliti introvert ialah personaliti yang merujuk kepada ciri-ciri individu yang bersifat pasif, emosional, pendiam dan kurang sosialisasi. Perkara ini boleh dilihat pada sifat yang ada pada Clara, dia merupakan seorang kanak-kanak yang berpesonaliti introvert.  Dia sangat pendiam dan tidak mempunyai kawan rapat semasa di dalam kelas.  Clara lebih suka menyendiri daripada mempunyai kawan.  Clara juga seorang yanag emosional dan agresif, sekiranya ada rakan yang mengganggu, dia akan menangis dan menjerit marah.  Dengan personaliti yang diwarisi oleh Clara ini menyebabkan akademiknya tidak mencapai tahap yang baik.  Ini kerana dia bersikap pasif dan tidak mahu bertanya.  Dia lebih suka menyiapkan kerjanya mengikut caranya sendiri.  Lagipun rakan-rakan sekelas akan takut dan tidak suka berdekatan dengannya kerana sikap emosionalnya.
Berlainan pula dengan Elvelinsia,dia mempunyai ramai kawan. Tidak cepat melenting apabila ditegur kesalahannya malah akan cuba untuk memperbaikai kelemahan tersebut. Elvelinsia mempunyai personaliti ekstrovert. Dia suka bertanya dan yakin pada diri sendir.Suka mencuba dan mempunyai daya usaha yang tinggi,tidak mudah berputus asa dan sentiasa berusaha untuk memajukan diri. Jadi dengan memiliki sifat yang diwarisi daripada baka ibu bapa nya ini Elvelinsia telah menunjukkan pencapaian akademik yang baik.

4.2  FAKTOR PERSEKITARAN
            Faktor kedua yang mneyebabkan perbezaan diantara Jennifer Agnes Clara dan Elvelinsia Via adalah dipengaruhi persekitaran. Persekitaran telah membawa maksud individu dan objek yang ditemui serta peristiwa yang berlaku didalam kehidupan seseorang yang mempengaruhi pertumbuhan yang berlaku di dalam kehidupan seseorang yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan diri. Ini telah memberi makna bahawa persekitaran adalah merupakan perkara yang bukan genetik yang mempengaruhi seseorang individu (Papalia,2001) .  Faktor perssekitaran ini juga telah disokong oleh ahli-ahli psikologi behaviorisme dan sosial kognitif seperti Albert Bandura, Ivan P.Pavlov dan skinner dalam teori yang mereka ketengahkan.  Dalam Teori Pembelajaran sosial misalnya Albert Bandura (1977) mengatakan seseorang individu akan membentuk satu idea melalui proses pemodelan.  Mereka akan memerhati orang di sekeliling mereka.  Hal ini bermaksud persekitaran seseorang individu itu boleh memberi kesan alam perkembangan pembelajarannya.
            Selain daripada itu cara asuhan anak-anak juga adalah berbeza dari satu keluarga dengan satu keluarga yang lain. Akibat perkara ini jadi lahirlah pelbagai individu yang berbeza dari semua segi dan perkara termasuklah pencapaian akademik mereka semasa di sekolah.  Ini  dapat kita lihat kepada kedua kanak-kanak di bawah kajian saya.  Mereka mempunyai banyak perbezaan terutama dari segi asuhan dan didikan yang terus menjejaskan pencapaian akademik murid ini.  Menurut (Parenting style) cara asuhan juga turut mempengaruhi pembentukan sahsiah kanak-kanak.  Mengikut Diane Baumrind,1973 dalam Santrock,2007) terdapat 4 gaya asuhan ibu bapa yang mempengaruhi perkembangan intelektual anak-anak iaitu Ibu bapa Autoritarian, Ibu bapa permisif, Ibu bapa mengabaikan dan Ibu bapa authoritative.
Menurut Urie Bronfenbrenner (1917) telah memberi fokus utamanya kepada konteks sosial di mana seseorang kanak-kanak membesar dan individu yang mempengaruhi kehidupan dan perkembangan kanak-kanak tersebut.  Ini membawa maksud bahawa individu berbeza disebabkan konteks sosial yang berbeza di dalam perkembangan sepanjang hayat. Jadi persekitaran di rumah panjang tempat Clara tinggal telah mempengaruhi serba sedikit pencapaian pelajarannya.  Dimana penduduk yang tinggal bersama rata-rata tidak mempunyai pontensi atau perkerjaan yang baik sebaliknya hanya bekerja sendiri sahaja.  Manakala sebaliknya dengan Elvelinsia yang tinggal dikawasan golongan yang berpendidikan.  Jadi ini akan mempengaruhi pencapaian akademik kedua-dua kajian saya.
Seterusnya persekitaran rakan sebaya. Rakan sebaya telah mempengaruhi individu sejak mula bersosial di luar ruamah selain daripada adik beradiknya.  Menurut Berk(1989) rakan sebaya ialah mereka yang sama umur kronologi atau hampir sama umur dengan individu.  Melalui rakan sebaya mereka akan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran.  Oleh kerana Clara hanya tinggal di rumah panjang dan bergaul bersama dengan individu yang kurang lebih sama sepertinya maka pergaulannya agak terbatas.  Berbeza pula dengan Elvelinsia yang tinggal di kawasan yang terdapat pelbagai lapisan masyarakat.  Jadi dia lebih terdedah dan pandai bersosial berbanding dengan Clara. Ini akan memberi kesan terhadap pencapaian akademik mereka berdua akibat daripada penglibatan dan pergaulan yang mesra dengan rakan-rakan.

4.3  FAKTOR  KESEDIAAN BELAJAR
            Faktor yang ketiga ialah kesediaan pembelajaran.  Kesediaan pembelajaran amat penting untuk memastikan kanak-kanak memperolehi faedah daripada apa yang dipelajari. Kesediaan pembelajaran menurut Piaget ialah ”the level of mental development necessary to benefit from experiences”.
Mengikut Erikson (1902-1994) seseorang kanak-kanak akan melalui lapan tahap perkembangan sepanjang hayatnya. Yang penuh dengan krisis.  Jadi untuk berjaya seseorang itu haruslah dapat mengatasi setiap langkah krisis tersebut.  Jadi disini mungkin ada tahap yang Clara tidak dapat atasi iaitu tahap pertama dimana pembentukan perasaan percaya lawan tidak percaya.  Sebenarnya Clara masih belum mempunyai kesediaan belajar yang tinggi.  Manakala Elvelinsia telah mempunyai kesediaan belajar yang tinggi.  Ini kerana kelemahan Clara dalam pencapaian akademik telah membuktikan perkara ini.  Dia masih tidak dapat mengikuti proses  pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
 Manakala sebaliknya pula dengan Elvelinsia.  Dia dapat mengikut pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan ini telah memberi impak kepada pencapaian akademiknya di sekolah. Menurut Skinner dalam Teori pelaziman Operan, individu akan bersedia untuk berubah jika ada sesuatu yang memotivasikan dirinya.  Faktor motivasi ini adalah peneguhan positif yang mendorong individu untuk mengejar kejayaan.  Dalam pemerhatian saya ibubapa Elvelinsia seringkali memberikan peneguhan kepadanya.

4.4 FAKTOR PERSONALITI
            Menurut Abdul Majid (1997), personaliti ialah perkaitan antara pemikiran, emosi dan perasaan dengan perlakuan manusia.  Personaliti adalah mengambarkan sifat peribadi seseorang. Murugian (1996) telah menghuraikan personaliti sebagai perwatakan yang lahir daripada diri seseorang tanpa dipengaruhi faktor persekitaran.  Kebolehan dan kecerdasan kognitif di kalangan pelajar pintar cerdas sering dikaitkan dengan personaliti ekstrovert iaitu suka bergaul,cepat mesra,mudah mengeluarkan pendapat,kreatif dan bersikap terbuka.
            Menurut Eysenck dan Cookson (1961) pelajar yang mempunyai kecerdasan yang tinggi adalah berpersonaliti ekstrovert. Personaliti ini dapat kita kesan pada murid saya Elvelinsia.  Oleh kerana dia memiliki personaliti ini maka kecerdasan pembelajarannya adalah sangat baik dan ini akan menyebabkan pencapaian akademiknya sangat baik berbanding Clara yang berpesonaliti sebaliknya. Iaitu introvert dimana ia merupakan sikap yang kurang gemar bersama orang lain,suka menyendiri,tidak suka dengan orang baru,tidak suka berbicara didepan umum,kurang percaya diri, pemalu dan pendiam.  Personaliti ini akan menyebabkan Clara menghadapi maslah pencapaian akademik yang lemah.  Ini kerana sifatnya yang pemalu dan tidak yakin pada diri. Malah dia juga tidak suka bertanya dan lebih suka membuat tugasan secara sendirian.

5.  LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH SEORANG GURU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG MELIBATKAN MURID –MURID YANG LEMAH DAN BAIK.
Guru boleh menangani masalah perbezaan individu dengan menitikberatkan atau memberi pertimbangan kepada aspek-aspek tertentu semasa merancang atau melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Aspek-aspek tersebut adalah seperti berikut:
5.1   Memahami perbezaan murid
Semua guru harus mempunyai sifat empati dan mempelbagaikan pengetahuan untuk memahami perbezaan setiap orang murid dari segi fizikal, mental dan emosi.  Ini kerana setiap orang murid memiliki kelemahan dan keistimewaan mereka sendiri. Tanggungjawab gurulah yang mengenalpasti setiap kelebihan dan kekurangan tersebut,lantas memikirkan cara-cara mengatasi perbezaan murid tersebut. Guru yang proaktif dan afektif harus bijak mencuba cara-cara pengajaran dan pembelajaran baru berpandukan teori-teori psikologi pendidikan agar dapat mencapai hasil yang optimum dikalangan murid. Pemahaman seperti ini adalah amat penting kepada guru agar dapat memberi layanan yang sewajarnya kepada murid-murid. Ini dapat mengelakkan guru bersikap pilih kasih. Guru perlu mewujudkan hubungan (ikatan) diantara dirinya dengan murid di dalam bilik darjah, hal ini kerana guru dan rakan sebaya mempunyai pengaruh yang amat besar ke atas kanak-kanak. Menurut Carl Rogers, interaksi dan sosial diantara guru dengan murid di dalam kelas  yang tidak memuaskan akan mengakibatkan tahap perkembangan kecerdasan seseorang murid terbantut.
5.2   Memahami tingkah laku murid
Guru hendaklah berusaha untuk memahami tingkah laku muridnya agar persefahaman dan hubungan yang baik di antara murid dan guru akan dapat dicapai. Guru hendaklah bersifat lebih bertimbang rasa dan bersimpati dengan murid setelah memahami tingkah laku, kebolehan serta minat murid yang berbeza. Dengan itu guru dapat merancang aktiviti yang dapat membentuk tingkah laku yang diingini dengan memberi bimbingan yang sewajarnya.
 5.3    Meramal tingkahlaku murid
Meramal atau meneliti gerak balas dan tingkah laku yang mungkin akan timbul dalam sesuatu situasi adalah amat penting. Contohnya, jika terdapat seseorang murid hiperaktif di dalam kelas yang hendak diajar, apakah agaknya tingkahlaku yang mungkin akan timbul ketika guru sedang sibuk mengajar? Bagaimanakah cara terbaik dan berkesan guru untuk mengatasi masalah tersebut? Apakah pula reaksi murid-murid lain yang mungkin tersenarai dalam golongan introvert? Pertanyaan ini mungkin dapat diramalkan dan dijawab oleh guru sebelum merancang satu sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Jadi disini guru bolehlah menggunakan teori Pelaziman Operan Skinner.  Menurut Skinner (1953), didalam teori pelaziman operan gerakbalas boleh diperkuatkan (diulang) atau dihapuskan (tidak diulangi) jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan.  Guru boleh memberi ganjaran kepada setiap perlakuan yang ditunjukkan.  Contohnya Elvelinsia yang selalu berjaya dalam akademik.  Kita sebagai guru boleh memberikanya hadiah supaya perlakuannya itu akan diteruskan.  Manakala Clara pula kita memberi kata-kata semangat contohnya ”cuba lagi” dan ”anda boleh”.  Peneguhan ini dapat memberi semangat kepada Clara.
5.4  Perbezaan gaya kognitif dan gaya belajar
Sebagai seorang guru yang telah lama mengajar di sesebuah kelas atau sekolah, kita  akan dapat mengesan gaya kognitif dan gaya belajar bagi setiap orang pelajar-pelajarnya yang mempunyai banyak perbezaan. Ada yang suka belajar menggunakan audio, ada yang suka visual, ada yang memproses maklumat secara global dan ada pula yang secara analitikal. Perkara ini perlu difahami supaya kita sebagai seorang guru dapat menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang bersesuaian dan menarik minat murid.
Teori yang dapat digunakan ialah Teori Pelaziman Operan Thorndike.  Dimana kita boleh menggunakan hukum pembelajarannya.  Iaitu Hukum kesediaan, Hukum Latihan dan Hukum Kesan.  Disini saya akan menerapkan Hukum Latihan, dimana sebagai guru kita membuat pengukuhan melalui latihan yang berulang-ulang. Menurut Thorndike (1913), perkaitan antara rangsangan dan gerakbalas (R-G) akan bertambah kukuh melalui latihan yang diulang-ulang.  Latihan pengukuhan ini boleh diberikan kepada kanak-kanak seperti Clara.  Ini akan membuat dia dapat mengingat dan menghafal sesuatu kemahiran yang kita ajar kepadanya.
Seterusnya Hukum Kesediaan.  Menurut Thorndike (1913) apabila seseorang itu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan, maka tindakan itu akan dapat memberi kepuasan kepadanya.  Contohnya, seseorang mesti sudah bersedia dari segi psikomotor.kesediaan afektif dan kesediaan kognitif.  Ini kerana sekiranya murid melakukan sesuatu secara sukarela dan bersedia dia akan bersedih sekiranya tidak melakukannya, tetapi jika secara terpaksa dia akan melakukannya secara tidak sempurna iaiatu tidak dapat menerima pembelajaran dengan baik sekiranya belum beersedia.

6.  RUMUSAN
            Secara keseluruhannya para guru memainkan peranan yang penting dalam menghadapi masalah murid lemah ini agar dapat setanding dengan murid yang pintar.  Guru yang berpotensi akan membentuk suatu usaha yang teratur, mempunyai sistem,tertib serta optimum bagi menyatupadukan semua kompenen pembelajaran.  Seperti yang kita sedia maklum, alam persekolahan merupakan tahap pembelajaran kanak-kanak yang paling awal di dalam kehidupanya selain daripada pendidikan ibu bapa itu sendiri di rumah.  Maka guru yang proaktif dan berkesan perlu memainkan peranan mereka dalam mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian murid lemah. Mereka perlu bijak menyeimbangkan murid lemah dan murid pintar agar dapat berjalan seiringan.Akhir sekali, seseorang guru juga seharusnya mengetahui malah menguasai ilmu-ilmu psikologi pendidikan agar dapat diterapkan menjadi suatu kemahiran sekaligus  mengaplikasikanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.   

                                                                                                2917 patah perkataan

 7.  RUJUKAN
Suppiah Nachiappan.(2009).Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar.Selangor Darul Ehsan : Laser Press Sdn Bhd
Prof Dr Khadijah Rohani Mohd Yunus,Mahani Razali dan Ramlah Jantan.(2011)HBEF 2103 Psikologi Pendidikan.: Open University Malaysia
Azizi Yahya dan Faizah Idris. Teori Psikologi : Falkuti Pendidikan : Universiti Teknologi Malaysia.Dimuat turun daripada http: // teoripsikologi.com/2012/
Makalah Psikologi Belajar menurut Skinner (2011).Dimuat turun daripada http: // makalah-psikologi-belajar-teori-belajar-menurut-skinner.php.htm
Jamilah Ahmad.(1999).Panduan Pengajaran Pemulihan Bahasa Melayu KBSR &KBSM.Shah Alam :Fajar Bakti Sdn Bhd

No comments:

Post a Comment