Sunday, June 17, 2012

Apai Saloi


Pada zaman dahulu kala, di sebuah kampung yang sangat kecil, tinggal seorang nenektua dengan cucunya yang sangat lurus bendul yang dikenali sebagai Apai Saloi. ApaiSaloi seorang anak yatim. Sejak kecil lagi, dia dibela oleh neneknya. Selama ini, diasentiasa menurut sahaja kata-kata orang di sekelilingnya. Disebabkan Apai Saloiseorang yang sangat lurus bendul, ramailah kawan-kawannya mengambil kesempatanuntuk mempergunakannya.

  Pada suatu hari Apai Saloi diajak kawannya Apai Seumang-umang pergi ke hutanmencari harta kerana niatnya ingin mempergunakan Apai Saloi yang terkenal dengansifat lurus bendul tersebut

Apai Seumang-umang: Apai saloi, mahukah kamu ikut saya ke hutan?
Apai Saloi: Ke hutan? Kita mahu buat apa ke hutan? (Soal Apai saloi sambil menggaru-garu kepalanya) 
Apai Seumang-umang: Kita perhi mencari harta. Jangan risau. Keluar sahaja kita darihutan, kita pasti akan kaya. Hehehe« 
Apai Saloi: Wah!! Bunyi macam seronok saja. Baiklah, saya akan ikut kamu ke hutan.(Sambil mengosok-gosok telapak tangannya kerana keseronokan)Kerana bercadang untuk merantau sebulan, mereka menyediakan bekal yangmencukupi sebelum meninggalkan rumah panjang.Keesokkan harinya, mereka berdua pun berangkat meninggalkan rumah panjang dengan menyusuri Sungai Rajang. Setelah agak lama bersampan melalui sungai,mereka pun naik ke darat. Apai Saloi hanya mengikut Apai Seumang-umang dari belakang.Mereka berjalan terus berjalan di dalam hutan . Bila penat mereka berehat dan kembali meneruskan perjalanan. Sehinggalah pada suatu hari mereka terjumpa sebuah gua. Apai Saloi tetap mengikut Apai Seumang-umang memasuki gua tersebut. Alangkah terkejutnya mereka apabila terlihat cahaya yang bergemerlangan daritimbunan emas dan permata. Seronoknya Apai Seumang-umang kerana bertemudengan harta karun yang banyak seperti yang diingininya. Tetapi Apai Seumang-umangbaru tersedar mereka tidak membawa bekas untuk mengisi harta karun tersebut. Apai Seumang-umang meminta Apai Saloi menunggu di dalam gua sementara diakeluar mencari rotan untuk dibuat bakul. Apabila Apai Seumang-umang keluar dari gua,tinggallah Apai Saloi seorang diri. Kerana menunggu terlalu lama, Apai Saloi puntertidur.

Tiba-tiba Apai Saloi terjaga apabila terdengar suara dari beberapa orang lelaki yangbersenjata tombak dan parang.
"Apa yang kamu buat di sini?"tanya salah seorang dari lelaki tersebut.

"Aku menjaga harta karun ini."jawap Apai Saloi.
"Harta siapa yang punya?´tanya lelaki tersebut lagi.
´Tentulah raja yang punya´ jawap Apai Saloi.
"Bawa orang ini bersama harta ke istana" ,perintah seorang lelaki lain yang sepertiseorang ketua. Apai Saloi dibawa ke istana dan menerima anugerah dan pujian dari raja kerana beranggapan Apai Saloi telah menjaga harta karun raja yang telah hilang selama ini.

No comments:

Post a Comment