Sunday, June 17, 2012

Fazura Nafi Butik House Of Doll Di Taja Orang Kenamaan





Butik House Of Doll milik Fazura yang baru sahaja dilancarkan pada hari Ahad yang lalu telah menjadi bualan orang-orang tertentu yang mengatakan butik itu telah ditaja oleh salah seorang orang kenamaan.. Butik yang terletak di Jalan Telawi 3 Bangsar itu dikatakan telah menelan kos ratusan ribu ringgit bagi merealisasikan impian Fazura untuk membuka perniagaan sendiri..
Namun Fazura menafikan segala tomahan itu dengan mengatakan yang segala kos perbelanjaan untuk membuka Butik House Of Doll itu adalah hasil daripada titik peluhnya sendiri sepanjang beliau menjadi anak seni…
“Beratus ribu juga saya habis untuk membuka perniagaan ini. Semuanya adalah duit simpanan saya sepanjang menjadi anak seni dan saya tidak membuat pinjaman bank langsung. Tak percaya sila tanya ‘banker’ saya yang ada di sini,”
“Bagi mereka yang suka menyangka bukan-bukan, mereka harus sedar bahawa saya juga ada pendapatan sendiri. Saya dibayar untuk berlakon. Itu tidak termasuk pendapatan yang diperoleh dari hasil saya menjadi duta produk. Tak perlulah untuk saya beritahu berapa wang yang saya ada dalam bank.” (Berita Harian)

No comments:

Post a Comment