Showing posts with label gossip. Show all posts
Showing posts with label gossip. Show all posts

Sunday, June 17, 2012

Gambar Nora Danish Seksi di bali tersebar?



Hari ini kita dikejutkan dengan penyebaran gambar yang menyerupai nora danish yang dikatakan mabuk di sebuah kelab malam sehingga terbaring menampakan seluar dalamnya.. Ramai yang membuat spekulasi yang artis ni masih lagi bersosial keterlaluan walaupun baru sahaja pulang daripada mengerjakan umrah.. Hakikatnya semua gosip itu nyata salah dan mungkin ianya kerja orang yang ingin menjatuhkan Nora Danish..
Melalui satu sumber dari mana gambar itu diambil, Gambar itu adalah gambar ketika Nora Danish bercuti di Bali bersama bekas keluarga iparnya.. Dan gambar itu bukan lah di kelab malam serta diambil sebelum Nora Danish mengerjakan umrah baru-baru ini.. Jadi ternyata la gosip Nora Danish mabuk di salah satu kelab malam itu salah dan jauh meleset..
MyGosip juga yakin yang Nora Danish memakai seluar pendek ketika bercuti di Bali dan bukanya skirt pendek sehingga menampakan seluar dalamnya.. Jadi MyGosip rasa tak salah jika Nora Danish nak baring berehat setelah penat seharian berjalan-jalan di Bali.. cuma seluar yang dipakai agak pendek.. Apa-apa pun sama-sama la kita tunggu kenyataan rasmi daripada Nora Danish sendiri mengenai gosip ini..

Fazura Nafi Butik House Of Doll Di Taja Orang Kenamaan





Butik House Of Doll milik Fazura yang baru sahaja dilancarkan pada hari Ahad yang lalu telah menjadi bualan orang-orang tertentu yang mengatakan butik itu telah ditaja oleh salah seorang orang kenamaan.. Butik yang terletak di Jalan Telawi 3 Bangsar itu dikatakan telah menelan kos ratusan ribu ringgit bagi merealisasikan impian Fazura untuk membuka perniagaan sendiri..
Namun Fazura menafikan segala tomahan itu dengan mengatakan yang segala kos perbelanjaan untuk membuka Butik House Of Doll itu adalah hasil daripada titik peluhnya sendiri sepanjang beliau menjadi anak seni…
“Beratus ribu juga saya habis untuk membuka perniagaan ini. Semuanya adalah duit simpanan saya sepanjang menjadi anak seni dan saya tidak membuat pinjaman bank langsung. Tak percaya sila tanya ‘banker’ saya yang ada di sini,”
“Bagi mereka yang suka menyangka bukan-bukan, mereka harus sedar bahawa saya juga ada pendapatan sendiri. Saya dibayar untuk berlakon. Itu tidak termasuk pendapatan yang diperoleh dari hasil saya menjadi duta produk. Tak perlulah untuk saya beritahu berapa wang yang saya ada dalam bank.” (Berita Harian)