FALKUTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
JANUARI 2012
HBEF2103
PSIKOLOGI PENDIDIKAN
NO. MATRIKULASI : **************
NO. KAD PENGENALAN :**********
NO. TELEFON :**********
E-MEL :
****************
PUSAT PEMBELAJARAN : OPEN UNIVERSITY
MALAYSIA SIBU
ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
1.
Pengenalan 1-2
2.
Tujuan
kajian 3
3.
Kaedah kajian yang digunakan 4-5
3.1 Pemerhatian
3.2 Soal selidik
3.3 Temubual
3.4 Rujukan
4.
Faktor
yang mempengaruhi pencapaian akademik lemah dan baik 6-11
4.1 Faktor baka
4.2 Faktor persekitaran
4.3 Faktor kesediaan belajar
4.4 Faktor personaliti
5.
Langkah-langkah
digunakan oleh seorang guru dalam P&P yang 12-14
melibatkan murid
lemah dan baik
5.1 Memahami perbezaan murid
5.2 Memahami tingkahlaku murid
5.3 Meramal tingkahlaku murid
5.4 Perbezaan gaya kognitif dan gaya belajar
6.
Rumusan 15
7.
Rujukan 16
1. PENGENALAN:
Kajian mengenai pencapaian akademik baik dan pencapaian
akademik lemah ini telah saya jalankan di Sk Sg Sepiring ,Selangau dimana ia
adalah tempat saya mengajar selama 7 tahun sudah termasuk tahun ini. Kedua orang kanak-kanak yang menjadi bahan
kajian saya adalah merupakan kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun. Mereka berdua adalah merupakan murid
Prasekolah Gemilang di sekolah Sk Sg Sepiring ,Selangau.
Kanak-kanak pertama yang saya terlibat dalam kajian saya
ini ialah Jennifer Agnes Clara ak
Maria. Dia lebih suka sekiranya saya
memanggil namanya Clara. Clara mempunyai
5 orang adik beradik dan dia berumur 6 tahun. Kanak-kanak ini merupakan seorang
anak yang lahir tanpa bapa. Perkara ini
dapat saya lihat dari kad kliniknya. Jadi dapat saya simpulkan bahawa Clara ini
tidak mengenali bapa kandungnya sendiri dan dia merupakan anak luar nikah. Dari
yang saya lihat dan temubual bersama Tuai Rumah, keluarga Clara ini adalah
golongan keluarga yang sangat miskin.
Ini kerana hanya ibunya sahaja yang mencari pendapatan untuk mereka 5
orang adik beradik yang masing-masing berumur 4-12 tahun.
Di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
Clara adalah merupakan seorang kanak-kanak yang sangat pendiam dan
sensitif. Clara suka menangis dan masih
belum dapat mengawal emosinya sendiri.
Dia suka menyendiri dan tidak mempunyai rakan yang rapat. Clara juga selalu tidak mengendahkan segala
lembaran kerja yang saya berikan.
Melalui temubual bersama emaknya iaitu Maria ak Ginggau,
dia menyatakan bahawa dia adalah seorang yang buta huruf. Ini kerana dia tidak
pernah bersekolah. Jadi dia mengaku bahawa agak susah untuk membimbing
anak-anaknya dalam pelajaran kerana dia sendiri pun buta huruf dan tidak pernah
bersekolah. Ini bermakna Clara hanya berpeluang mendapat pendidikan di sekolah
sahaja.
Kanak-kanak kedua yang saya libatkan dalam kajian kes
saya ini ialah Elvelinsia Via Ak Semawi.
Dia berumur 5 tahun. Elvelinsia
merupakan seorang anak tunggal dalam keluarganya. Emaknya seoarang yang
berpendidikan dan bersekolah setakat tingkatan 6. Manakala bapanya pula adalah tukang masak di
sekolah Sk Sg Sepiring.
Di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran,Elvelinsia Via adalah merupakan seoarang kanak-kanak yang
aktif. Walaupun umurnya baru 5 tahun tetapi
ingatannya sangat baik. Dia merupakan
seoarang kanak-kanak yang cepat menerima pembelajaran. Lembaran kerja yang di
berikan disiapkan dalam masa yang singkat. Dia mempunyai ramai kawan dan aktif.
Maka dapat saya simpulkan bahawa kanak-kanak ini mempunyai pontensi untuk
berjaya.
Melalui pentaksiran dan penilaian prasekolah yang telah
saya buat, saya telah mendapati perbezaan yang sangat ketara di antara Jennifer
(6 tahun) dan Elvelinsia Via(5 tahun).
Clara masih belum dapat menguasai 3M(Membaca,Mengira,Menulis). Manakala Elvelinsia sudah menguasi 3M
tersebut. Tambahan pula saya mendapati
bahwa Elvelinsia yang berusia 5 tahun lebih muda dari Jennifer lebih menonjol
dalam setiap tunjang kurikulum di prasekolah.
Kedua-dua orang kanak-kanak ini mempunyai banyak
perbezaan yang ketara. Baik dari segi
umur,jantina,kecerdasan,kebolehan dan sebagainya. Menurut Woolfolk (1997),
teori kecerdasan awal adalah memfokus kepada 3 elemen , pertamanya tentang
keupayaan untuk belajar , kedua , keseluruhan
pengetahuan yang telah individu perolehi dan ketiga , kebolehsuaian seseorang
kepada situasi atau persekitaran baru. Ketiga-tiga
elemen ini, boleh dilihat dari keadaan kedua-dua sasaran kajian saya. Dimana saya telah mengenalpasti
Elvelinsia mempunyai keupayaan untuk
belajar,dia dapat mengadaptasikan keseluruhan pengetahuan yang diperolehinya di
dalam bilik darjah. Elvelinsia
seringkali berupaya memahami apa yang diajar dan menghantar latihan. Bahkan setiap latihan yang dihantar selalu
tepat dan menepati objektif pengajaran saya, berbanding dengan Clara, dia
jarang menyiapkan latihan yang diberikan kepadanya.
Dalam elemen yang ketiga pula, kedua-kedua kanak-kanak
ini mempunyai kebolehan menyesuaikan diri dengan situasi dan persekitaran yang
berbeza-beza. Dalam teori kecerdasan
awal ini, seseorang kanak-kanak biasanya mempunyai kecerdasan awal dimana
mereka boleh berhadapan secara posiitif dalam persekitaran yang baru. Perkara
ini saya dapat lihat dalam diri Elvelinsia.
Dalam tempoh 2 bulan sahaja memasuki prasekolah, kanak-kanak ini boleh
menyesuaikan dirinya dengan mudah.
2. TUJUAN KAJIAN
Kajian
ini adalah bertujuan untuk :
2.1 Mengkaji
faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik murid yang baik dan pencapaian akademik murid yang
lemah berpandukan teori-teori psikologi pendidikan.
2.2 Mencadangkan
langkah-langkah yang boleh diambil oleh seoarang guru dalam proses pengajaran
dan pembelajaran yang melibatkan kedua orang murid yang berbeza pencapaian
akademik.
3. KAEDAH KAJIAN YANG TELAH DIGUNAKAN:
Dalam bahagian ini saya telah menggunakan beberapa kaedah
bagi mengesan sasaran kajian dan seterusnya mengenalpasti faktor-faktor yang
mempengaruhi mereka berpandukan teori-teori psikologi. Antara kaedah-kaedah tersebut ialah:
3.1. Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian didalam kelas iaitu
melalui hasil kerja Clara dan Elvelinsia Via. Daripada pemerhatian yang telah
saya buat semasa di dalam kelas , saya mendapati Clara adalah merupakan seorang
murid yang lemah manakala Elvelinsia Via adalah merupakan seorang kanak-kanak
yang pintar, aktif dan cemerlang dalam akademik. Ini dapat dibuktikan dengan kemahiran
3M. Saya telah membuat penilaian 3M
kepada mereka berdua dan hasilnya adalah seperti berikut:
3.2
Soal selidik
Saya telah memberi borang soal selidik kepada ibubapa
murid berkenaan untuk mengetahui serba sedikit latar belakang murid yang dikaji.
3. Temubual
Saya telah melakukan temubual bersama Tuai Rumah (tempat
kediaman murid) untuk mendapatkan sedikit maklumat latar belakang ibubapa
murid.
3.4
Rujukan
Saya merujuk kepada buku teks dan buku rujukan di
perpustakaan untuk mendapat maklumat tambahan. Di samping itu saya membuat
rujukan di internet menggunakan komputer.
4. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK LEMAH DAN BAIK
Hasil daripada kajian yang telah saya buat, saya dapat
mengesan dan mengenalpasti faktor-faktor yang telah mempengaruhi perbezaan
pencapaian akademik kedua-dua murid saya ini iaitu Jennifer Agnes Clara dan
Elvelinsia Via ak Semawi adalah seperti
berikut:
4.1
Faktor baka
Faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik Jennifer
Agnes Clara dan Elvelinsia Via ialah faktor
baka. Setiap orang akan mewarisi
sifat yang ada pada ibu bapanya melalui pewarisan gen ataupun baka. Gen atau
baka ini sebahagian besar nya terdiri daripada paras rupa, tahap kecerdasan, temperamen, tahap
aktiviti, tret personaliti, gaya bahasa, gaya hidup, sikap dan juga minat
seseorang individu (Loehlin dan Plomin (1992) .
Kajian –kajian lepas yang telah dilakukan oleh ahli-ahli
psikologi seperti Galton(1865), Goddard(1890), Newman(1937) dan Sheldon(1962)
telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan intelek yang
berbeza-beza. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan
daripada prestasi, tingkahlaku dan penglibatan pelajar di dalam kelas. Kajian
ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan
kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang bijak pandai akan
melahirkan anak-anak yang juga bijak pandai.
Ini berkemungkinan kesan daripada perwarisan baka ibu bapa kepada anak
yang dilahirkan. Emosi seseorang juga diwarisi daripada baka ibu bapa.
Misalnya, ibu bapa yang memiliki tahap emosi yang kurang stabil dan bersifat
pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik. Persamaan Tahap temperemen
seperti ini telah dibuktikan melalui kajian-kajian ahli-ahli psikologi seperti
di atas.
Menurut Arnold Lucius Gesell(1880-1961), merupakan
seorang ahli psikologi yang mengkaji
faktor baka, beliau berpendapat bahawa baka mempunyai peranan utama sebagai pengerak utama terhadap perkembangan
seseorang individu. Beliau percaya
bahawa kematangan fizikal merupakan faktor utama di dalam menentukan proses
pembelajaran malah kematangan fizikal yang baik akan mempengaruhi keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran.
Dalam kajian saya telah mendapati bahawa Elvelinsia telah mempunyai
kematangan fizikal dan seterusnya telah
memberi impak kepada proses pembelajarannya.
Menurut kajian
lepas yang telah pun dilakukan oleh Loehlin dan Plomin (1992) mendapati
sebahagian besar dimensi atau perbezaan personaliti adalah disebabkan oleh
perwarisan baka, misalnya personaliti ekstrovert dan personaliti introvert.
Personaliti introvert ialah personaliti yang merujuk kepada ciri-ciri individu
yang bersifat pasif, emosional, pendiam dan kurang sosialisasi. Perkara ini
boleh dilihat pada sifat yang ada pada Clara, dia merupakan seorang kanak-kanak
yang berpesonaliti introvert. Dia sangat
pendiam dan tidak mempunyai kawan rapat semasa di dalam kelas. Clara lebih suka menyendiri daripada mempunyai
kawan. Clara juga seorang yanag
emosional dan agresif, sekiranya ada rakan yang mengganggu, dia akan menangis
dan menjerit marah. Dengan personaliti
yang diwarisi oleh Clara ini menyebabkan akademiknya tidak mencapai tahap yang
baik. Ini kerana dia bersikap pasif dan
tidak mahu bertanya. Dia lebih suka
menyiapkan kerjanya mengikut caranya sendiri.
Lagipun rakan-rakan sekelas akan takut dan tidak suka berdekatan
dengannya kerana sikap emosionalnya.
Berlainan pula dengan Elvelinsia,dia mempunyai ramai
kawan. Tidak cepat melenting apabila ditegur kesalahannya malah akan cuba untuk
memperbaikai kelemahan tersebut. Elvelinsia mempunyai personaliti ekstrovert.
Dia suka bertanya dan yakin pada diri sendir.Suka mencuba dan mempunyai daya
usaha yang tinggi,tidak mudah berputus asa dan sentiasa berusaha untuk
memajukan diri. Jadi dengan memiliki sifat yang diwarisi daripada baka ibu bapa
nya ini Elvelinsia telah menunjukkan pencapaian akademik yang baik.
4.2 FAKTOR PERSEKITARAN
Faktor
kedua yang mneyebabkan perbezaan diantara Jennifer Agnes Clara dan Elvelinsia
Via adalah dipengaruhi persekitaran. Persekitaran telah membawa maksud individu
dan objek yang ditemui serta peristiwa yang berlaku didalam kehidupan seseorang
yang mempengaruhi pertumbuhan yang berlaku di dalam kehidupan seseorang yang
mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan diri. Ini telah memberi makna bahawa persekitaran
adalah merupakan perkara yang bukan genetik yang mempengaruhi seseorang individu
(Papalia,2001) . Faktor perssekitaran
ini juga telah disokong oleh ahli-ahli psikologi behaviorisme dan sosial
kognitif seperti Albert Bandura, Ivan P.Pavlov dan skinner dalam teori yang
mereka ketengahkan. Dalam Teori
Pembelajaran sosial misalnya Albert Bandura (1977) mengatakan seseorang
individu akan membentuk satu idea melalui proses pemodelan. Mereka akan memerhati orang di sekeliling
mereka. Hal ini bermaksud persekitaran
seseorang individu itu boleh memberi kesan alam perkembangan pembelajarannya.
Selain
daripada itu cara asuhan anak-anak juga adalah berbeza dari satu keluarga
dengan satu keluarga yang lain. Akibat perkara ini jadi lahirlah pelbagai
individu yang berbeza dari semua segi dan perkara termasuklah pencapaian akademik
mereka semasa di sekolah. Ini dapat kita lihat kepada kedua kanak-kanak di
bawah kajian saya. Mereka mempunyai
banyak perbezaan terutama dari segi asuhan dan didikan yang terus menjejaskan
pencapaian akademik murid ini. Menurut
(Parenting style) cara asuhan juga turut mempengaruhi pembentukan sahsiah
kanak-kanak. Mengikut Diane
Baumrind,1973 dalam Santrock,2007) terdapat 4 gaya asuhan ibu bapa yang
mempengaruhi perkembangan intelektual anak-anak iaitu Ibu bapa Autoritarian, Ibu
bapa permisif, Ibu bapa mengabaikan dan Ibu bapa authoritative.
Menurut Urie Bronfenbrenner (1917) telah memberi fokus
utamanya kepada konteks sosial di mana seseorang kanak-kanak membesar dan
individu yang mempengaruhi kehidupan dan perkembangan kanak-kanak
tersebut. Ini membawa maksud bahawa
individu berbeza disebabkan konteks sosial yang berbeza di dalam perkembangan
sepanjang hayat. Jadi persekitaran di rumah panjang tempat Clara tinggal telah
mempengaruhi serba sedikit pencapaian pelajarannya. Dimana penduduk yang tinggal bersama
rata-rata tidak mempunyai pontensi atau perkerjaan yang baik sebaliknya hanya
bekerja sendiri sahaja. Manakala
sebaliknya dengan Elvelinsia yang tinggal dikawasan golongan yang
berpendidikan. Jadi ini akan
mempengaruhi pencapaian akademik kedua-dua kajian saya.
Seterusnya persekitaran rakan sebaya. Rakan sebaya telah
mempengaruhi individu sejak mula bersosial di luar ruamah selain daripada adik
beradiknya. Menurut Berk(1989) rakan
sebaya ialah mereka yang sama umur kronologi atau hampir sama umur dengan
individu. Melalui rakan sebaya mereka
akan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran. Oleh kerana Clara hanya tinggal di rumah
panjang dan bergaul bersama dengan individu yang kurang lebih sama sepertinya
maka pergaulannya agak terbatas. Berbeza
pula dengan Elvelinsia yang tinggal di kawasan yang terdapat pelbagai lapisan masyarakat. Jadi dia lebih terdedah dan pandai bersosial
berbanding dengan Clara. Ini akan memberi kesan terhadap pencapaian akademik
mereka berdua akibat daripada penglibatan dan pergaulan yang mesra dengan
rakan-rakan.
4.3
FAKTOR KESEDIAAN BELAJAR
Faktor yang
ketiga ialah kesediaan pembelajaran.
Kesediaan pembelajaran amat penting untuk memastikan kanak-kanak
memperolehi faedah daripada apa yang dipelajari. Kesediaan pembelajaran menurut Piaget ialah ”the level of mental development necessary to benefit from
experiences”.
Mengikut Erikson (1902-1994) seseorang kanak-kanak akan
melalui lapan tahap perkembangan sepanjang hayatnya. Yang penuh dengan
krisis. Jadi untuk berjaya seseorang itu
haruslah dapat mengatasi setiap langkah krisis tersebut. Jadi disini mungkin ada tahap yang Clara
tidak dapat atasi iaitu tahap pertama dimana pembentukan perasaan percaya lawan
tidak percaya. Sebenarnya Clara masih
belum mempunyai kesediaan belajar yang tinggi.
Manakala Elvelinsia telah mempunyai kesediaan belajar yang tinggi. Ini kerana kelemahan Clara dalam pencapaian
akademik telah membuktikan perkara ini.
Dia masih tidak dapat mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Manakala
sebaliknya pula dengan Elvelinsia. Dia
dapat mengikut pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan ini telah memberi
impak kepada pencapaian akademiknya di sekolah. Menurut Skinner dalam Teori
pelaziman Operan, individu akan bersedia untuk berubah jika ada sesuatu yang
memotivasikan dirinya. Faktor motivasi
ini adalah peneguhan positif yang mendorong individu untuk mengejar
kejayaan. Dalam pemerhatian saya ibubapa
Elvelinsia seringkali memberikan peneguhan kepadanya.
4.4
FAKTOR PERSONALITI
Menurut Abdul Majid (1997), personaliti ialah perkaitan
antara pemikiran, emosi dan perasaan dengan perlakuan manusia. Personaliti adalah mengambarkan sifat
peribadi seseorang. Murugian (1996) telah menghuraikan personaliti sebagai
perwatakan yang lahir daripada diri seseorang tanpa dipengaruhi faktor
persekitaran. Kebolehan dan kecerdasan
kognitif di kalangan pelajar pintar cerdas sering dikaitkan dengan personaliti
ekstrovert iaitu suka bergaul,cepat mesra,mudah mengeluarkan pendapat,kreatif
dan bersikap terbuka.
Menurut
Eysenck dan Cookson (1961) pelajar yang mempunyai kecerdasan yang tinggi adalah
berpersonaliti ekstrovert. Personaliti ini dapat kita kesan pada murid saya
Elvelinsia. Oleh kerana dia memiliki
personaliti ini maka kecerdasan pembelajarannya adalah sangat baik dan ini akan
menyebabkan pencapaian akademiknya sangat baik berbanding Clara yang
berpesonaliti sebaliknya. Iaitu introvert dimana ia merupakan sikap yang kurang
gemar bersama orang lain,suka menyendiri,tidak suka dengan orang baru,tidak
suka berbicara didepan umum,kurang percaya diri, pemalu dan pendiam. Personaliti ini akan menyebabkan Clara
menghadapi maslah pencapaian akademik yang lemah. Ini kerana sifatnya yang pemalu dan tidak
yakin pada diri. Malah dia juga tidak suka bertanya dan lebih suka membuat
tugasan secara sendirian.
5. LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH
SEORANG GURU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG MELIBATKAN MURID –MURID
YANG LEMAH DAN BAIK.
Guru boleh menangani masalah perbezaan individu dengan
menitikberatkan atau memberi pertimbangan kepada aspek-aspek tertentu semasa
merancang atau melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Aspek-aspek
tersebut adalah seperti berikut:
5.1 Memahami perbezaan murid
Semua guru harus mempunyai sifat empati dan
mempelbagaikan pengetahuan untuk memahami perbezaan setiap orang murid dari
segi fizikal, mental dan emosi. Ini
kerana setiap orang murid memiliki kelemahan dan keistimewaan mereka sendiri.
Tanggungjawab gurulah yang mengenalpasti setiap kelebihan dan kekurangan
tersebut,lantas memikirkan cara-cara mengatasi perbezaan murid tersebut. Guru
yang proaktif dan afektif harus bijak mencuba cara-cara pengajaran dan
pembelajaran baru berpandukan teori-teori psikologi pendidikan agar dapat
mencapai hasil yang optimum dikalangan murid. Pemahaman seperti ini adalah amat
penting kepada guru agar dapat memberi layanan yang sewajarnya kepada
murid-murid. Ini dapat mengelakkan guru bersikap pilih kasih. Guru perlu
mewujudkan hubungan (ikatan) diantara dirinya dengan murid di dalam bilik
darjah, hal ini kerana guru dan rakan sebaya mempunyai pengaruh yang amat besar
ke atas kanak-kanak. Menurut Carl Rogers, interaksi dan sosial diantara guru
dengan murid di dalam kelas yang tidak
memuaskan akan mengakibatkan tahap perkembangan kecerdasan seseorang murid
terbantut.
5.2 Memahami
tingkah laku murid
Guru hendaklah berusaha untuk memahami tingkah laku muridnya
agar persefahaman dan hubungan yang baik di antara murid dan guru akan dapat
dicapai. Guru hendaklah bersifat lebih bertimbang rasa dan bersimpati dengan
murid setelah memahami tingkah laku, kebolehan serta minat murid yang berbeza.
Dengan itu guru dapat merancang aktiviti yang dapat membentuk tingkah laku yang
diingini dengan memberi bimbingan yang sewajarnya.
5.3 Meramal tingkahlaku murid
Meramal atau meneliti gerak balas dan tingkah laku yang
mungkin akan timbul dalam sesuatu situasi adalah amat penting. Contohnya, jika
terdapat seseorang murid hiperaktif di dalam kelas yang hendak diajar, apakah agaknya
tingkahlaku yang mungkin akan timbul ketika guru sedang sibuk mengajar?
Bagaimanakah cara terbaik dan berkesan guru untuk mengatasi masalah tersebut?
Apakah pula reaksi murid-murid lain yang mungkin tersenarai dalam golongan
introvert? Pertanyaan ini mungkin dapat diramalkan dan dijawab oleh guru
sebelum merancang satu sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Jadi disini guru bolehlah menggunakan teori Pelaziman
Operan Skinner. Menurut Skinner (1953),
didalam teori pelaziman operan gerakbalas boleh diperkuatkan (diulang) atau
dihapuskan (tidak diulangi) jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas
itu ditunjukkan. Guru boleh memberi
ganjaran kepada setiap perlakuan yang ditunjukkan. Contohnya Elvelinsia yang selalu berjaya
dalam akademik. Kita sebagai guru boleh
memberikanya hadiah supaya perlakuannya itu akan diteruskan. Manakala Clara pula kita memberi kata-kata
semangat contohnya ”cuba lagi” dan ”anda boleh”. Peneguhan ini dapat memberi semangat kepada
Clara.
5.4 Perbezaan gaya kognitif dan gaya belajar
Sebagai seorang guru yang telah lama mengajar di sesebuah
kelas atau sekolah, kita akan dapat
mengesan gaya kognitif dan gaya belajar bagi setiap orang pelajar-pelajarnya
yang mempunyai banyak perbezaan. Ada yang suka belajar menggunakan audio, ada
yang suka visual, ada yang memproses maklumat secara global dan ada pula yang
secara analitikal. Perkara ini perlu difahami supaya kita sebagai seorang guru
dapat menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang bersesuaian dan menarik minat
murid.
Teori yang dapat digunakan ialah Teori Pelaziman Operan
Thorndike. Dimana kita boleh menggunakan
hukum pembelajarannya. Iaitu Hukum
kesediaan, Hukum Latihan dan Hukum Kesan.
Disini saya akan menerapkan Hukum Latihan, dimana sebagai guru kita membuat
pengukuhan melalui latihan yang berulang-ulang. Menurut Thorndike (1913),
perkaitan antara rangsangan dan gerakbalas (R-G) akan bertambah kukuh melalui
latihan yang diulang-ulang. Latihan
pengukuhan ini boleh diberikan kepada kanak-kanak seperti Clara. Ini akan membuat dia dapat mengingat dan
menghafal sesuatu kemahiran yang kita ajar kepadanya.
Seterusnya Hukum Kesediaan. Menurut Thorndike (1913) apabila seseorang
itu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan, maka tindakan itu akan dapat
memberi kepuasan kepadanya. Contohnya,
seseorang mesti sudah bersedia dari segi psikomotor.kesediaan afektif dan
kesediaan kognitif. Ini kerana sekiranya
murid melakukan sesuatu secara sukarela dan bersedia dia akan bersedih
sekiranya tidak melakukannya, tetapi jika secara terpaksa dia akan melakukannya
secara tidak sempurna iaiatu tidak dapat menerima pembelajaran dengan baik
sekiranya belum beersedia.
6. RUMUSAN
Secara
keseluruhannya para guru memainkan peranan yang penting dalam menghadapi masalah
murid lemah ini agar dapat setanding dengan murid yang pintar. Guru yang berpotensi akan membentuk suatu
usaha yang teratur, mempunyai sistem,tertib serta optimum bagi menyatupadukan
semua kompenen pembelajaran. Seperti
yang kita sedia maklum, alam persekolahan merupakan tahap pembelajaran
kanak-kanak yang paling awal di dalam kehidupanya selain daripada pendidikan
ibu bapa itu sendiri di rumah. Maka guru
yang proaktif dan berkesan perlu memainkan peranan mereka dalam mengenalpasti
faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian murid lemah. Mereka perlu bijak
menyeimbangkan murid lemah dan murid pintar agar dapat berjalan seiringan.Akhir
sekali, seseorang guru juga seharusnya mengetahui malah menguasai ilmu-ilmu
psikologi pendidikan agar dapat diterapkan menjadi suatu kemahiran
sekaligus mengaplikasikanya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
2917
patah perkataan
7. RUJUKAN
Suppiah Nachiappan.(2009).Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar.Selangor Darul Ehsan : Laser
Press Sdn Bhd
Prof Dr Khadijah Rohani Mohd Yunus,Mahani Razali dan
Ramlah Jantan.(2011)HBEF 2103 Psikologi
Pendidikan.: Open University Malaysia
Azizi Yahya dan Faizah Idris. Teori Psikologi : Falkuti Pendidikan : Universiti Teknologi
Malaysia.Dimuat turun daripada http: // teoripsikologi.com/2012/
Makalah Psikologi Belajar menurut Skinner (2011).Dimuat
turun daripada http: //
makalah-psikologi-belajar-teori-belajar-menurut-skinner.php.htm
Jamilah Ahmad.(1999).Panduan
Pengajaran Pemulihan Bahasa Melayu KBSR &KBSM.Shah Alam :Fajar Bakti
Sdn Bhd
No comments:
Post a Comment