PEMBANGUNAN INDUSTRI ASAS TANI
(IAT)
(Pemprosesan Makanan)
(Pemprosesan Makanan)
Pendahuluan
Pembangunan Industri Asas Tani
adalah salah satu program utama Jabatan Pertanian dan telah dikenalpasti
sebagai satu Projek Berimpak Tinggi. Program ini telah banyak memberi manfaat dan
kesan positif terhadap peningkatan taraf ekonomi pengusaha dan usahawan. Bagi
membantu golongan miskin meningkatkan pendapatan mereka, YAB Perdana Menteri
telah meminta Kementerian/Jabatan/Agensi kerajaan mengadakan program khusus
untuk mempelbagai dan menambah pendapatan petani, penternak dan nelayan.
Program ini menumpu kepada aktiviti
hiliran dan asas tani dan kini merupakan sebagai sebahagian daripada Program
Pembangunan Industri Asas Tani secara lancar untuk mendapat impak yang terbaik,
pendekatan pengembangan perlu dititikberatkan. 'Impact point' seperti premis
dan peralatan; pengurusan pengeluaran; pengurusan kewangan; pengurusan
pemasaran; kebersihan, sanitasi dan pengendalian serta kualiti produk perlu
dititikberatkan. Strategi untuk meningkatkan keupayaan pengusaha dan usahawan
dibincangkan. Strategi ini termasuk memilih peserta yang betul; meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran pengusaha dan kemahiran pengusaha melalui latihan dan
motivasi; meningkatkan kapasiti pengeluaran; meningkatkan kualiti, persembahan
dan pembungkusan produk; memberi bimbingan dan khidmat nasihat berterusan;
mengadakan penjenamaan, promosi dan pengedaran produk yang berkesan; dan
meningkatkan kapasiti dan komitmen pembimbing.
Industri asas tani mampu memberikan
pendapatan lumayan kepada pengusaha dan usahawan. Komitmen dan dedikasi pegawai
pembimbing dan pengusaha amat perlu untuk mencapai objektif negara dan
pemimpin. Pendekatan pengembangan yang terancang dan dilaksanakan dengan baik
akan membuahkan kejayaan. Pengusaha-pengusaha terdiri daripada orang
perseorangan dan berkumpulan.
KUMPULAN PENGEMBANGAN WANITA (KPW)
JABATAN PERTANIAN NEGERI SARAWAK
JABATAN PERTANIAN NEGERI SARAWAK
Sejarah Penubuhan KPW:
Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW)
telah ditubuhkan dalam tahun 1978 di bawah naungan Jabatan Pertanian. KPW
merupakan organisasi wanita tani yang dipimpin oleh pemimpin dari kalangan
wanita tani sendiri dengan bimbingan pegawai-pegawai Jabatan Pertanian.
KPW adalah saluran khusus bagi
penyampaian maklumat dan perlaksanaan projek-projek di bawah Program
Pembangunan Keluarga Tani (PKT), Jabatan Pertanian iaitu satu program yang
ditujukan khas untuk membangunkan keluarga tani, melalui kumpulan-kumpulan
wanita tani sebagai golongan sasaran. Dari suri-suri rumah biasa, KPW
membentuk pemimpin-pemimpin dari kalangan mereka supaya berdikari dan berupaya
mengendalikan projek-projek yang berdaya maju, sekaligus membantu para suami
menambahkan pendapatan dan membendung kemiskinan dengan bimbingan
Pegawai-pegawai Jabatan Pertanian.
Disamping kemunculan pemimpin dari
kalangan wanita tani, ribuan usaha-usaha kecil yang berani menceburkan diri
dalam aktiviti ekonomi turut dilahirkan selaras dengan hasrat kerajaan untuk
membentuk dan melahirkan usahawan industri-industri kecil. Melalui
program PKT, ahli-ahli KPW menjadi lebih matang dan lebih bijak mengurus dan
mengendalikan rumahtangga dan keluarga melalui aktiviti latihan di bawah projek
meningkatkan kualiti hidup keluarga tani. Mereka juga peka terhadap
konsep pengindahan rumah dan persekitaran, lantas turut memainkan peranan yang
penting untuk menjadikan persekitaran rumah dan kawasan cantik dan ditanami
dengan sayur-sayuran. Pada masa sekarang, perancangan projek-projek KPW masih
PKT dan usaha-usaha telah dijalankan bagi membolehkan KPW berdikari sepenuhnya
di bawah pimpinan ahli-ahli KPW sendiri.
Planning/Perancangan
Misi:
Menjadikan KPW sebagai satu badan penggerak kepada kumpulan wanita tani untuk meningkatkan tahap sosio ekonomi keluarga dan seterusnya masyarakat tani menerusi peningkatan pengetahuan kemahiran dan keusahawanan.
Menjadikan KPW sebagai satu badan penggerak kepada kumpulan wanita tani untuk meningkatkan tahap sosio ekonomi keluarga dan seterusnya masyarakat tani menerusi peningkatan pengetahuan kemahiran dan keusahawanan.
Visi:
KPW sebagai penggerak utama kepada usahawan tani bagi meningkatkan sosio ekonomi ke arah membina masyarakat maju pada tahun 2012. KPW mendapat pengiktirafan pada tahun 1987.
KPW sebagai penggerak utama kepada usahawan tani bagi meningkatkan sosio ekonomi ke arah membina masyarakat maju pada tahun 2012. KPW mendapat pengiktirafan pada tahun 1987.
KUMPULAN PENGEMBANGAN WANITA (KPW)
DAERAH KUCHING
DAERAH KUCHING
1.
KUMPULAN PENGEMBANGAN WANITA KG. astana sungai meow
KPW Kg. Astana Sungai Meow, Kuching
ditubuhkan pada 2 November 1998 dengan bilangan ahli seramai 37 orang.
Purata umur ahli adalah diantara 30-60 tahun yang merupakan pengusaha, suri
rumah dan juga petani.
Matlamat Penubuhan:
- Memupuk
semangat persaudaraan di kalangan kaum wanita tanpa mengira fahaman
politik atau ideologi.
- Membentuk
kemuafakatan bagi meningkat perkembangan dalam semua bidang seperti
sosial, ekonomi, agama dan sebagainya.
- Membentuk
kumpulan wanita yang aktif bagi menggalakkan pertambahan sumber ekonomi
keluarga dan penggerak kepada kemajuan kampung.
- Meningkatkan
pendapatan ahli supaya kukuh ekonomi keluarga disamping meningkatkan
kewangan kumpulan.
- Melahirkan
10 orang daripada ahli projek berpendapatan lebih dari RM1,500.00 sebulan.
Organizing/Mengorganisasi
Ahli Jawatankuasa KPW Astana
Sungai Meow:
Terdiri daripada Pengerusi,
Bendahari, Setiausaha dan beberapa Ahli Jawatankuasa. 4 biro ditubuhkan
iaitu, Biro Projek Industri Kecil, Biro Pertanian/Ternakan, Biro Kebajikan dan
Sosial dan Biro Pengindahan Kampung.
Peranan ahli Jawatankuasa KPW
Astana Sungai Meow:
Pengerusi
•
Merancang aktiviti dan menyediakan jadual bertugas bersama AJK yang lain
•
Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang
•
Membuat penilaian aktiviti untuk pelaporan
Timbalan Pengerusi & Naib Pengerusi
•
Menjalankan tugas-tugas pengerusi ketika ketiadaannya
•
Membantu pengerusi dalam melaksanakan tugas-tugasnya
Setiausaha
•
Membuat panggilan mesyuarat dan surat-menyurat
•
Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat
•
Merancang aktiviti dan jadual bertugas
bersama-sama AJK yang lain
Penolong Setiausaha
•
Membantu tugas-tugas setiausaha dan lain-lain tugas yang disahkan oleh
pengerusi dari masa ke semasa
Bendahari
•
Mengurus hal ehwal kewangan dan menyediakan laporan penyata.
Leading/Memimpin
Program Kaunseling Membantu Pekerja (Employee Assistance
Programs) ini membekalkan pekerja dengan ilmu pengetahuan, pendidikan dan
motivasi untuk menolong mereka berurusan dengan majikan mereka sekiranya mereka
menghadapi masalah ditempat kerja mereka.
Program ini juga akan membantu
seseorang pekerja itu mengatasi masalah kesihatan yang mungkin akan memberi
kesan diatas perkhidmatan sesebuah organisasi.Memberi bimbingan melalui
kaunseling kerjaya, dan juga cara membuat keputusan yang berkesan di dalam
kontek organisasi Sumber Manusia.
Penekanan program ini, melatih individu menghadapi tekanan
untuk melaksanakan polisi organisasi, latihan, penempatan, rujukan, kaunseling
dan perunding didalam sesebuah organisasi. Program Kaunseling Membantu Pekerja
ini menolong individu yang menghadapi masalah hidup dengan tekanan, alkoholism.
penagihan dadah, konflik keluarga, masalah interpersonal, tekanan kewangan dan
lain-lain isu yang bersangkutan dengan kehidupan individu tersebut yang akan
menjejaskan keberkesanan bekerja dan pengeluaran serta perkhidmatan.
KAUNSELING
Pengurus yang cenderung menggunakan cara kaunseling ketika
menangani masalah pekerja akan memberi perhatian yang lebih berat kepada mereka
di segi menghormati perasaan, emosi, keperibadiaan, perhubungan atau pembawaan
diri. Maklumat-maklumat itu akan didapati melalui “soalan-soalan selamat” yang
dikemukan kepada mereka. Soalan-soalan yang tidak mengancam perasaan pekerja
agar mereka berasa selesa dan selamat. Maklumat hanya dapat dikumpulkan jika
perhubungan pengurus dan pekerja berasaskan rasa hormat dan tidak menghukum.
Pekerja akan berasa selamat untuk bercerita tentang diri dan masalahnya.
Kemahiran asas kaunseling sangat perlu disini supaya dapat
membina rasa selamat dan rasa empati. Suasana yang tidak menghukum, serta
intraksi pengurus dengan pekerja yang menggalakkan terbukanya pemikiran menjadi
pendorong kepada pekerja mencari jalan untuk menyelesaikan masalah sendiri.
Pengurus tidak perlu bertungkus lumus memikirkan penyelesaian yang terbaik,
mereka sendiri mendapat celik akal (insight) dan berusaha menyelesaikan
masalahnya dengan rasional dan objektif.
Pengurus yang mengamalkan proses kaunseling tidak bertujuan
untuk menyelesaikan semua masalah pekerja, tetapi sebagai penggalak supaya
mereka menyelesaikan sendiri setelah bimbingan diberi. Ia tidak mengambil alih
beban masalah pekerja bahkan menggalakkan mereka supaya bertanggungjawab mencari
ikhtiar dan ia sentiasa memberi sokongnan yang diperlukan. Tidak ada
kepentingan peribadi terlibat kerana pengurus ini berasa yakin pada pekerjanya
dan percaya mereka berpotensi untuk menghadapi sebarang cabaran.
Apabila pekerja tidak bergantung kepada pengurus, ini
bermakna pengurus telah berjaya melatih mereka dalam kemahiran menyelesaikan
masalah. Pengurus tidak memberi nasihat atau memberi formula tetapi berupaya
membantu menjelajah masalah itu dengan kemahirran bertanya supaya pekerjanya
sendiri berfikir dan menganalisis masalah serta mencari penyelesaian yang
objektif.
Secara tidak langsung, pengurus menggalakkan pekerja belajar
dan ia mengalami sendiri proses penyelesaian masalah supaya pada masa hadapan,
apabila menghadapi masalah lain mereka tahu apa yang harus dilakukan. Oleh
sebab pengurus berpusat kepada pekerja, ia lebih mengambil berat tentang
perasaan pekerjanya kerana ia percaya perasaan mempunyai perhubungan rapat
dengan masalah, terutama masalah peribadi.
Tidak ada stail atau kaedah yang paling baik yang harus
diikut oleh pengurus kerana setiap stail mempunyai ciri-ciri positif dan
nagatif. Pengurus boleh mengukur stail mana yang paling sesuai kepada pekerja
dan masalah yang dikemukakan. Stail kaunseling dianggap baik dan berkesan
tetapi elakkan mengambil masa yang panjang dalam menjalankan sesi kaunseling
sekiranya masalahnya adalah teknikal atau boleh diatasi dengan serta-merta.
Jika masa yang diambil terlalu panjang, pekerja akan berasa keliru dan
ragu-ragu. Kaunseling berguna dalam mengatasi masalah peribadi yang melibatkan
emosi, perasaan, perhubungan atau personaliti.
Rasional Perkhidmatan Kaunseling
- Kewujudan
Ketegangan dan ketidakpuasan ditempat kerja.
- Ketidakseimbangan
emosi.
- Kebimbangan
tentang kemahiran dan kemampuan.
- Perbezaan
individu yang bertentangan dengan imej korporat.
- Konflik
peranan dengan caragaya pentadbiran pengurus.
- Perbezaan
di antara keperluan personel dengan polisi jabatan.
- Prestasi
kerja yang tidak memuaskan dan tabiat kerja yang tidak baik.
- Masalah
peribadi dan keluarga.
- Kebosanan
kerja dan kekurangan pergerakan kerjaya.
- Keperluan
pertolongan untuk mengembangkan sesuatu tingkah laku.
- Keperluan
sokongan dalam menghadapi krisis semasa.
Mengapa Kaunseling Diperlukan
- Masalah
Pencapaian Mutu Kerja
- Masalah
Sikap
- Masalah
Penyesuaian Diri
- Stress
Di tempat Kerja
- Masalah
Situasi
Lima Prinsip Kaunseling
Pekerja
- Mendengar
dengan sebaiknya sebelum membuat sebarang pernyataan.
- Elakkan
mengkritik atau nasihat yang terburu-buru.
- Jangan
bertelagah atau berhujah.
- Menumpukan
sepenuhnya perhatian kepada pekerja.
- Dapatkan
sesuatu yang tersirat yang cuba disampaikan.
Fungsi Kaunseling Dalam Organisasi
- Mengdiagnosis
masalah pekerja atau kepincangan organisasi
- Memberi
peluang pekerja meluahkan perasaan.
- Membantu
pekerja berfikir dengan jelas dan tidak dikuasai oleh emosi.
- Memberi
nasihat.
- Menyokong
dan menenangkan pekerja.
- Menilai
diri.
- Mempertingkatkan
komunikasi dalam organisasi.
- Memajukan
diri.
Aktiviti Kumpulan:
- Projek
Pertanian
- Projek
Ekonomi(Industri Kecil)
- Program
Kebajikan
- Program
Sosial
Projek Pertanian:
Tanaman sayur-sayuran keliling rumah, buah-buahan keliling rumah, tanaman singkat masa keliling rumah, bunga-bungaan, kelapa, kelapa sawit, kelapa pandan, koko, tebu dan pisang.
Tanaman sayur-sayuran keliling rumah, buah-buahan keliling rumah, tanaman singkat masa keliling rumah, bunga-bungaan, kelapa, kelapa sawit, kelapa pandan, koko, tebu dan pisang.
Projek Ekonomi:
- Memproses makanan
(kerepek pisang, rempeyek, bahulu, santan, kerisek, keropok lekor, ikan masin
tapai, kueh basah, sos cili)
- Kraftangan
(tikar mengkuang)
- Perkhidmatan
(jahitan, ketering, sewa peralatan pengantin, sewa pinggan mangkuk)
- Pengeluaran Pertanian
(tebu, kelapa, kelapa sawit, kelapa pandan, pisang)
- Ternakan
(ayam kampung, lembu feedlot, kambing, arnab)
Kebanyakan produk dijual sendiri oleh peserta dengan cara
menjaja, dibawa ke lokasi jualan terus dan ada juga pembeli/pemborong datang
terus ke rumah/bengkel.
Projek Kebajikan:
KPW juga memainkan peranan penting dalam menjayakan majlis kenduri kendara di kampung dengan membuat kuih-muih. memasak dan menghidangkan makanan dan juga turut serta dalam khairat kematian.
KPW juga memainkan peranan penting dalam menjayakan majlis kenduri kendara di kampung dengan membuat kuih-muih. memasak dan menghidangkan makanan dan juga turut serta dalam khairat kematian.
Program Sosial:
Mengadakan Kelas Fardhu 'Ain, Kelas Tajwid dan Kelas Tafsir Al-Quran.
Mengadaan kelas memproses makanan/penyelenggaran tanaman oleh Jabatan Pertanian.
Mengadakan Kelas Fardhu 'Ain, Kelas Tajwid dan Kelas Tafsir Al-Quran.
Mengadaan kelas memproses makanan/penyelenggaran tanaman oleh Jabatan Pertanian.
Controlling/kawalan
- Memproses makanan
(kerepek pisang, rempeyek, bahulu, santan, kerisek, keropok lekor, ikan masin
tapai, kueh basah, sos cili)
Segala proses
yang akan dilakukan pasti akan mengikut setiap piawai yang telah ditetapkan
oleh KPW. Hal ini bertujuan untuk memastikan setiap makanan yang dihasilkan
berkualiti dan sihat untuk dimakan oleh setiap masyarakat. Oleh itu, kawalan
kualiti barangan yang akan dihasilkan ini amat penting. Antara modus operandi
yang mesti adaalah seperti berikut:
I.
Menyiapkan mesin peralatan dan perkakas
dengan memastikan mesin peralatan dan perkakas dalam keadaan baik dan selamat.
II.
Mengawal operasi proses pengeluaran dengan
mengadunkan bahan-bahan dan ramuan untuk diproses.
III.
Membantu aktiviti pengeluaran.
IV.
Membuat kerja pengisian dan pembungkusan
dengan memastikan perkakas, peralatan dan mesin sentiasa bersih serta
memastikan bahan pembungkusan bebas dari pencemaran. Menyediakan bahan
bungkusan mengikut produk dan memastikan pengisian produk dalam pembungkus
mengikut saiz dan berat. Membersihkan mesin pengisian dan memastikan kualiti
bahan pembungkusan.
V.
Melaksanakan kerja pembungkusan pukal
(cartooning) dan pelabelan bermula dengan membersihkan peralatan dan
persekitaran kerja serta menyusun karton (bahan siap) untuk diedar/ disimpan.
VI.
Menjalankan kerja-kerja pengurusan am dengan
mematuhi langkah-langkah untuk mengawal pembaziran dan melaporkan kerosakan am.
Memastikan kawasan kerja sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat serta
melaksanakan arahan amalan keselamatan, kesihatan dan alam sekitar bagi
memastikan sasaran kerja tercapai.
VII.
Melaksana dan mengamalkan asas Amalan
Perkilangan Yang Baik atau Good Manufacturing Practices (GMP) dan amalan
kebersihan dan sanitasi yang baik.
- Kraftangan
(tikar mengkuang)
Setiap rekaan yang dibuat harus
mencapai ke pasaran semasa dan mendapat sambutan yang baik dari pengguna. Oleh
itu pembuat kraf tangan harus sentiasa peka dengan keadaan di sekeliling untuk
memastikan setriap produk mampu bersaing dengan produk semasa di pasaran. Cara-
cara yang sesuai adalah seperti berikut:
I.
Memajukan dan di mana perlu, menggiat dan
memulihkan kemahiran dan ketukangan tradisional ;
II.
Memajukan dan menggiat perkembangan dan
memelihara standard, perusahaan kraftangan dengan berbagai cara, termasuk
mengadakan perkhidmatan penyelidik, penasihat dan pengembang.
III.
Memandu, mengorientasi dan membantu
tukang-tukang yang ada sekarang ke arah penggunaan cara-cara moden pengeluaran,
pengurusan dan pemasaran.
IV.
Mengawal, meninggikan dan memperbaiki kualiti
dan menyenggara standard dan keluaran-keluaran kraftangan untuk pasaran
tempatan dan luar Negara.
V.
Memajukan pemasaran dan pengeksportan
keluaran-keluaran kraftangan.
Rekaan
Bahagian Pembangunan Rekaan menerajui usaha-usaha pembangunan dan merekacipta produk untuk industri kraf . Rekaan-rekaan yang dikeluarkan mengambil kira hasil-hasil kajian pengguna yang dibuat untuk mengetahui kehendak pelanggan domestik dan eksport.
Bahagian Pembangunan Rekaan menerajui usaha-usaha pembangunan dan merekacipta produk untuk industri kraf . Rekaan-rekaan yang dikeluarkan mengambil kira hasil-hasil kajian pengguna yang dibuat untuk mengetahui kehendak pelanggan domestik dan eksport.
Kajian Dan Teknikal
Bahagian Kajian dan Teknikal pula menjalankan aktiviti kajian dan penyelidikan bagi tujuan inovasi penggunaan bahan dan proses serta tenologi bagi menghasilkan produk kraf yang lebih bermutu, kos efisyen,memenuhi standard kualiti serta mampu berdaya saing dalam pasaran domestik dan global.
Bahagian Kajian dan Teknikal pula menjalankan aktiviti kajian dan penyelidikan bagi tujuan inovasi penggunaan bahan dan proses serta tenologi bagi menghasilkan produk kraf yang lebih bermutu, kos efisyen,memenuhi standard kualiti serta mampu berdaya saing dalam pasaran domestik dan global.
- Perkhidmatan
(jahitan, ketering, sewa peralatan pengantin, sewa pinggan mangkuk)
- Pengeluaran Pertanian
(tebu, kelapa, kelapa sawit, kelapa pandan, pisang)
- Ternakan
(ayam kampung, lembu feedlot, kambing, arnab)
Rujukan
1. Proses
pembuatan keripik pisang/Cara membuat kerepek pisang http:kerepekkerepek.com/blog/proses-pembuatankerepek-pisang.htm
3. Bimbingan
dan
Kaunseling_http://kaunseling.multiply.com/journal/item/11/PROGRAM_MEMBANTU_PEKERJA_EAP
5. Artikel
Berita harian, Mohd Suadi Mokhtar_Projek pemrosesan Makanan.
7. Portal
Rasmi Perbadanan Kraftangan Malaysia_
http://www.kraftangan.gov.my/main/content/56/?page_name=Kelantan_56&menuid=75
8. Ministry
Of Education- http://www.moe.gov.sg/education/syllabuses/languages-and-literature/files/malay-secondary.pdf.
No comments:
Post a Comment