Thursday, October 6, 2011

Pembanguna Industri Asas Tani. Contoh Assignment Prinsip pengurusan/ Principle of Management


PEMBANGUNAN INDUSTRI ASAS TANI (IAT)
(Pemprosesan Makanan)
Pendahuluan
Pembangunan Industri Asas Tani adalah salah satu program utama Jabatan Pertanian dan telah dikenalpasti sebagai satu Projek Berimpak Tinggi. Program ini telah banyak memberi manfaat dan kesan positif terhadap peningkatan taraf ekonomi pengusaha dan usahawan. Bagi membantu golongan miskin meningkatkan pendapatan mereka, YAB Perdana Menteri telah meminta Kementerian/Jabatan/Agensi kerajaan mengadakan program khusus untuk mempelbagai dan menambah pendapatan petani, penternak dan nelayan.
Program ini menumpu kepada aktiviti hiliran dan asas tani dan kini merupakan sebagai sebahagian daripada Program Pembangunan Industri Asas Tani secara lancar untuk mendapat impak yang terbaik, pendekatan pengembangan perlu dititikberatkan. 'Impact point' seperti premis dan peralatan; pengurusan pengeluaran; pengurusan kewangan; pengurusan pemasaran; kebersihan, sanitasi dan pengendalian serta kualiti produk perlu dititikberatkan. Strategi untuk meningkatkan keupayaan pengusaha dan usahawan dibincangkan. Strategi ini termasuk memilih peserta yang betul; meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengusaha dan kemahiran pengusaha melalui latihan dan motivasi; meningkatkan kapasiti pengeluaran; meningkatkan kualiti, persembahan dan pembungkusan produk; memberi bimbingan dan khidmat nasihat berterusan; mengadakan penjenamaan, promosi dan pengedaran produk yang berkesan; dan meningkatkan kapasiti dan komitmen pembimbing.
Industri asas tani mampu memberikan pendapatan lumayan kepada pengusaha dan usahawan. Komitmen dan dedikasi pegawai pembimbing dan pengusaha amat perlu untuk mencapai objektif negara dan pemimpin. Pendekatan pengembangan yang terancang dan dilaksanakan dengan baik akan membuahkan kejayaan.  Pengusaha-pengusaha terdiri daripada orang perseorangan dan berkumpulan.




KUMPULAN PENGEMBANGAN WANITA (KPW)
JABATAN PERTANIAN NEGERI SARAWAK

Sejarah Penubuhan KPW:
Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW) telah ditubuhkan dalam tahun 1978 di bawah naungan Jabatan Pertanian.  KPW merupakan organisasi wanita tani yang dipimpin oleh pemimpin dari kalangan wanita tani sendiri dengan bimbingan pegawai-pegawai Jabatan Pertanian.
KPW adalah saluran khusus bagi penyampaian maklumat dan perlaksanaan projek-projek di bawah Program Pembangunan Keluarga Tani (PKT), Jabatan Pertanian iaitu satu program yang ditujukan khas untuk membangunkan keluarga tani, melalui kumpulan-kumpulan wanita tani sebagai golongan sasaran.  Dari suri-suri rumah biasa, KPW membentuk pemimpin-pemimpin dari kalangan mereka supaya berdikari dan berupaya mengendalikan projek-projek yang berdaya maju, sekaligus membantu para suami menambahkan pendapatan dan membendung kemiskinan dengan bimbingan Pegawai-pegawai Jabatan Pertanian.
Disamping kemunculan pemimpin dari kalangan wanita tani, ribuan usaha-usaha kecil yang berani menceburkan diri dalam aktiviti ekonomi turut dilahirkan selaras dengan hasrat kerajaan untuk membentuk dan melahirkan usahawan industri-industri kecil.  Melalui program PKT, ahli-ahli KPW menjadi lebih matang dan lebih bijak mengurus dan mengendalikan rumahtangga dan keluarga melalui aktiviti latihan di bawah projek meningkatkan kualiti hidup keluarga tani.  Mereka juga peka terhadap konsep pengindahan rumah dan persekitaran, lantas turut memainkan peranan yang penting untuk menjadikan persekitaran rumah dan kawasan cantik dan ditanami dengan sayur-sayuran. Pada masa sekarang, perancangan projek-projek KPW masih PKT dan usaha-usaha telah dijalankan bagi membolehkan KPW berdikari sepenuhnya di bawah pimpinan ahli-ahli KPW sendiri.




Planning/Perancangan
Misi:
            Menjadikan KPW sebagai satu badan penggerak kepada kumpulan wanita tani untuk meningkatkan tahap sosio ekonomi keluarga dan seterusnya masyarakat tani menerusi peningkatan pengetahuan kemahiran dan keusahawanan.
Visi:
            KPW sebagai penggerak utama kepada usahawan tani bagi meningkatkan sosio ekonomi ke arah membina masyarakat maju pada tahun 2012. KPW mendapat pengiktirafan pada tahun 1987.
KUMPULAN PENGEMBANGAN WANITA (KPW)
DAERAH KUCHING
1.  KUMPULAN PENGEMBANGAN WANITA KG. astana sungai meow
KPW Kg. Astana Sungai Meow, Kuching ditubuhkan pada 2 November 1998 dengan bilangan ahli seramai 37 orang.  Purata umur ahli adalah diantara 30-60 tahun yang merupakan pengusaha, suri rumah dan juga petani.
Matlamat Penubuhan:
  • Memupuk semangat persaudaraan di kalangan kaum wanita tanpa mengira fahaman politik atau ideologi.
     
  • Membentuk kemuafakatan bagi meningkat perkembangan dalam semua bidang seperti sosial, ekonomi, agama dan sebagainya.
     
  • Membentuk kumpulan wanita yang aktif bagi menggalakkan pertambahan sumber ekonomi keluarga dan penggerak kepada kemajuan kampung.
     
  • Meningkatkan pendapatan ahli supaya kukuh ekonomi keluarga disamping meningkatkan kewangan kumpulan.
     
  • Melahirkan 10 orang daripada ahli projek berpendapatan lebih dari RM1,500.00 sebulan.


Organizing/Mengorganisasi
Ahli Jawatankuasa KPW Astana Sungai Meow:
Terdiri daripada Pengerusi, Bendahari, Setiausaha dan beberapa Ahli Jawatankuasa.  4 biro ditubuhkan iaitu, Biro Projek Industri Kecil, Biro Pertanian/Ternakan, Biro Kebajikan dan Sosial dan Biro Pengindahan Kampung.
Peranan ahli Jawatankuasa KPW Astana Sungai Meow:
Pengerusi
          Merancang aktiviti dan menyediakan jadual bertugas bersama AJK yang lain
          Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang
          Membuat penilaian aktiviti untuk pelaporan
Timbalan Pengerusi &  Naib  Pengerusi
          Menjalankan tugas-tugas pengerusi ketika ketiadaannya
          Membantu pengerusi dalam melaksanakan tugas-tugasnya
Setiausaha
          Membuat panggilan mesyuarat dan surat-menyurat
          Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat
          Merancang aktiviti dan jadual bertugas  bersama-sama AJK yang lain
Penolong Setiausaha
          Membantu tugas-tugas setiausaha dan lain-lain tugas yang disahkan oleh pengerusi dari masa ke semasa
Bendahari
          Mengurus hal ehwal kewangan dan menyediakan laporan penyata.

Leading/Memimpin
Program Kaunseling Membantu Pekerja (Employee Assistance Programs) ini membekalkan pekerja dengan ilmu pengetahuan, pendidikan dan motivasi untuk menolong mereka berurusan dengan majikan mereka sekiranya mereka menghadapi masalah ditempat kerja mereka.
Program ini juga akan membantu seseorang pekerja itu mengatasi masalah kesihatan yang mungkin akan memberi kesan diatas perkhidmatan sesebuah organisasi.Memberi bimbingan melalui kaunseling kerjaya, dan juga cara membuat keputusan yang berkesan di dalam kontek organisasi Sumber Manusia. 
Penekanan program ini, melatih individu menghadapi tekanan untuk melaksanakan polisi organisasi, latihan, penempatan, rujukan, kaunseling dan perunding didalam sesebuah organisasi. Program Kaunseling Membantu Pekerja ini menolong individu yang menghadapi masalah hidup dengan tekanan, alkoholism. penagihan dadah, konflik keluarga, masalah interpersonal, tekanan kewangan dan lain-lain isu yang bersangkutan dengan kehidupan individu tersebut yang akan menjejaskan keberkesanan bekerja dan pengeluaran serta perkhidmatan.
KAUNSELING
Pengurus yang cenderung menggunakan cara kaunseling ketika menangani masalah pekerja akan memberi perhatian yang lebih berat kepada mereka di segi menghormati perasaan, emosi, keperibadiaan, perhubungan atau pembawaan diri. Maklumat-maklumat itu akan didapati melalui “soalan-soalan selamat” yang dikemukan kepada mereka. Soalan-soalan yang tidak mengancam perasaan pekerja agar mereka berasa selesa dan selamat. Maklumat hanya dapat dikumpulkan jika perhubungan pengurus dan pekerja berasaskan rasa hormat dan tidak menghukum. Pekerja akan berasa selamat untuk bercerita tentang diri dan masalahnya.
Kemahiran asas kaunseling sangat perlu disini supaya dapat membina rasa selamat dan rasa empati. Suasana yang tidak menghukum, serta intraksi pengurus dengan pekerja yang menggalakkan terbukanya pemikiran menjadi pendorong kepada pekerja mencari jalan untuk menyelesaikan masalah sendiri. Pengurus tidak perlu bertungkus lumus memikirkan penyelesaian yang terbaik, mereka sendiri mendapat celik akal (insight) dan berusaha menyelesaikan masalahnya dengan rasional dan objektif.
Pengurus yang mengamalkan proses kaunseling tidak bertujuan untuk menyelesaikan semua masalah pekerja, tetapi sebagai penggalak supaya mereka menyelesaikan sendiri setelah bimbingan diberi. Ia tidak mengambil alih beban masalah pekerja bahkan menggalakkan mereka supaya bertanggungjawab mencari ikhtiar dan ia sentiasa memberi sokongnan yang diperlukan. Tidak ada kepentingan peribadi terlibat kerana pengurus ini berasa yakin pada pekerjanya dan percaya mereka berpotensi untuk menghadapi sebarang cabaran.
Apabila pekerja tidak bergantung kepada pengurus, ini bermakna pengurus telah berjaya melatih mereka dalam kemahiran menyelesaikan masalah. Pengurus tidak memberi nasihat atau memberi formula tetapi berupaya membantu menjelajah masalah itu dengan kemahirran bertanya supaya pekerjanya sendiri berfikir dan menganalisis masalah serta mencari penyelesaian yang objektif.
Secara tidak langsung, pengurus menggalakkan pekerja belajar dan ia mengalami sendiri proses penyelesaian masalah supaya pada masa hadapan, apabila menghadapi masalah lain mereka tahu apa yang harus dilakukan. Oleh sebab pengurus berpusat kepada pekerja, ia lebih mengambil berat tentang perasaan pekerjanya kerana ia percaya perasaan mempunyai perhubungan rapat dengan masalah, terutama masalah peribadi.
Tidak ada stail atau kaedah yang paling baik yang harus diikut oleh pengurus kerana setiap stail mempunyai ciri-ciri positif dan nagatif. Pengurus boleh mengukur stail mana yang paling sesuai kepada pekerja dan masalah yang dikemukakan. Stail kaunseling dianggap baik dan berkesan tetapi elakkan mengambil masa yang panjang dalam menjalankan sesi kaunseling sekiranya masalahnya adalah teknikal atau boleh diatasi dengan serta-merta. Jika masa yang diambil terlalu panjang, pekerja akan berasa keliru dan ragu-ragu. Kaunseling berguna dalam mengatasi masalah peribadi yang melibatkan emosi, perasaan, perhubungan atau personaliti.
Rasional Perkhidmatan Kaunseling
  1. Kewujudan Ketegangan dan ketidakpuasan ditempat kerja.
  2. Ketidakseimbangan emosi.
  3. Kebimbangan tentang kemahiran dan kemampuan.
  4. Perbezaan individu yang bertentangan dengan imej korporat.
  5. Konflik peranan dengan caragaya pentadbiran pengurus.
  6. Perbezaan di antara keperluan personel dengan polisi jabatan.
  7. Prestasi kerja yang tidak memuaskan dan tabiat kerja yang tidak baik.
  8. Masalah peribadi dan keluarga.
  9. Kebosanan kerja dan kekurangan pergerakan kerjaya.
  10. Keperluan pertolongan untuk mengembangkan sesuatu tingkah laku.
  11. Keperluan sokongan dalam menghadapi krisis semasa.
Mengapa Kaunseling Diperlukan
  1. Masalah Pencapaian Mutu Kerja
  2. Masalah Sikap
  3. Masalah Penyesuaian Diri
  4. Stress Di tempat Kerja
  5. Masalah Situasi
Lima Prinsip Kaunseling Pekerja
  1. Mendengar dengan sebaiknya sebelum membuat sebarang pernyataan.
  2. Elakkan mengkritik atau nasihat yang terburu-buru.
  3. Jangan bertelagah atau berhujah.
  4. Menumpukan sepenuhnya perhatian kepada pekerja.
  5. Dapatkan sesuatu yang tersirat yang cuba disampaikan.
Fungsi Kaunseling Dalam Organisasi
  1. Mengdiagnosis masalah pekerja atau kepincangan organisasi
  2. Memberi peluang pekerja meluahkan perasaan.
  3. Membantu pekerja berfikir dengan jelas dan tidak dikuasai oleh emosi.
  4. Memberi nasihat.
  5. Menyokong dan menenangkan pekerja.
  6. Menilai diri.
  7. Mempertingkatkan komunikasi dalam organisasi.
  8. Memajukan diri.
Aktiviti Kumpulan:
  1. Projek Pertanian
  2. Projek Ekonomi(Industri Kecil)
  3. Program Kebajikan
  4. Program Sosial
Projek Pertanian:

            Tanaman sayur-sayuran keliling rumah, buah-buahan keliling rumah, tanaman singkat masa keliling rumah, bunga-bungaan, kelapa, kelapa sawit, kelapa pandan, koko, tebu dan pisang.
Projek Ekonomi:
  1. Memproses makanan
    (kerepek pisang, rempeyek, bahulu, santan, kerisek, keropok lekor, ikan masin
    tapai, kueh basah, sos cili)
     
  2. Kraftangan
    (tikar mengkuang)
     
  3. Perkhidmatan
    (jahitan, ketering, sewa peralatan pengantin, sewa pinggan mangkuk)
     
  4. Pengeluaran Pertanian
    (tebu, kelapa, kelapa sawit, kelapa pandan, pisang)
     
  5. Ternakan
    (ayam kampung, lembu feedlot, kambing, arnab)
Kebanyakan produk dijual sendiri oleh peserta dengan cara menjaja, dibawa ke lokasi jualan terus dan ada juga pembeli/pemborong datang terus ke rumah/bengkel.
Projek Kebajikan:
            KPW juga memainkan peranan penting dalam menjayakan majlis kenduri kendara di kampung dengan membuat kuih-muih. memasak dan menghidangkan makanan dan juga turut serta dalam khairat kematian.
Program Sosial:
            Mengadakan Kelas Fardhu 'Ain, Kelas Tajwid dan Kelas Tafsir Al-Quran.
Mengadaan kelas memproses makanan/penyelenggaran tanaman oleh Jabatan Pertanian.

Controlling/kawalan
  1. Memproses makanan
    (kerepek pisang, rempeyek, bahulu, santan, kerisek, keropok lekor, ikan masin
    tapai, kueh basah, sos cili)
Segala proses yang akan dilakukan pasti akan mengikut setiap piawai yang telah ditetapkan oleh KPW. Hal ini bertujuan untuk memastikan setiap makanan yang dihasilkan berkualiti dan sihat untuk dimakan oleh setiap masyarakat. Oleh itu, kawalan kualiti barangan yang akan dihasilkan ini amat penting. Antara modus operandi yang mesti adaalah seperti berikut:
                      I.        Menyiapkan mesin peralatan dan perkakas dengan memastikan mesin peralatan dan perkakas dalam keadaan baik dan selamat.
                    II.         Mengawal operasi proses pengeluaran dengan mengadunkan bahan-bahan dan ramuan untuk diproses.
                   III.         Membantu aktiviti pengeluaran.
                  IV.        Membuat kerja pengisian dan pembungkusan dengan memastikan perkakas, peralatan dan mesin sentiasa bersih serta memastikan bahan pembungkusan bebas dari pencemaran. Menyediakan bahan bungkusan mengikut produk dan memastikan pengisian produk dalam pembungkus mengikut saiz dan berat. Membersihkan mesin pengisian dan memastikan kualiti bahan pembungkusan.
                    V.        Melaksanakan kerja pembungkusan pukal (cartooning) dan pelabelan bermula dengan membersihkan peralatan dan persekitaran kerja serta menyusun karton (bahan siap) untuk diedar/ disimpan.
                  VI.        Menjalankan kerja-kerja pengurusan am dengan mematuhi langkah-langkah untuk mengawal pembaziran dan melaporkan kerosakan am. Memastikan kawasan kerja sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat serta melaksanakan arahan amalan keselamatan, kesihatan dan alam sekitar bagi memastikan sasaran kerja tercapai.
                 VII.        Melaksana dan mengamalkan asas Amalan Perkilangan Yang Baik atau Good Manufacturing Practices (GMP) dan amalan kebersihan dan sanitasi yang baik.

 
  1. Kraftangan
    (tikar mengkuang)
Setiap rekaan yang dibuat harus mencapai ke pasaran semasa dan mendapat sambutan yang baik dari pengguna. Oleh itu pembuat kraf tangan harus sentiasa peka dengan keadaan di sekeliling untuk memastikan setriap produk mampu bersaing dengan produk semasa di pasaran. Cara- cara yang sesuai adalah seperti berikut:
                      I.        Memajukan dan di mana perlu, menggiat dan memulihkan kemahiran dan ketukangan tradisional ;
                    II.         Memajukan dan menggiat perkembangan dan memelihara standard, perusahaan kraftangan dengan berbagai cara, termasuk mengadakan perkhidmatan penyelidik, penasihat dan pengembang.
                   III.         Memandu, mengorientasi dan membantu tukang-tukang yang ada sekarang ke arah penggunaan cara-cara moden pengeluaran, pengurusan dan pemasaran.
                  IV.         Mengawal, meninggikan dan memperbaiki kualiti dan menyenggara standard dan keluaran-keluaran kraftangan untuk pasaran tempatan dan luar Negara.
                    V.         Memajukan pemasaran dan pengeksportan keluaran-keluaran kraftangan.
Rekaan
            Bahagian Pembangunan Rekaan menerajui usaha-usaha pembangunan dan merekacipta produk untuk industri kraf . Rekaan-rekaan yang dikeluarkan mengambil kira hasil-hasil kajian pengguna yang dibuat untuk mengetahui kehendak pelanggan domestik dan eksport.
Kajian Dan Teknikal
            Bahagian Kajian dan Teknikal pula menjalankan aktiviti kajian dan penyelidikan bagi tujuan inovasi penggunaan bahan dan proses serta tenologi bagi menghasilkan produk kraf yang lebih bermutu, kos efisyen,memenuhi standard kualiti serta mampu berdaya saing dalam pasaran domestik dan global.

 
  1. Perkhidmatan
    (jahitan, ketering, sewa peralatan pengantin, sewa pinggan mangkuk)
     
  2. Pengeluaran Pertanian
    (tebu, kelapa, kelapa sawit, kelapa pandan, pisang)
     
  3. Ternakan
    (ayam kampung, lembu feedlot, kambing, arnab)

Rujukan
1.    Proses pembuatan keripik pisang/Cara membuat kerepek pisang http:kerepekkerepek.com/blog/proses-pembuatankerepek-pisang.htm
3.    Bimbingan dan Kaunseling_http://kaunseling.multiply.com/journal/item/11/PROGRAM_MEMBANTU_PEKERJA_EAP
5.    Artikel Berita harian, Mohd Suadi Mokhtar_Projek pemrosesan Makanan.
7.    Portal Rasmi Perbadanan Kraftangan Malaysia_ http://www.kraftangan.gov.my/main/content/56/?page_name=Kelantan_56&menuid=75








No comments:

Post a Comment